EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jangan Lemah! Wanita, Belajarlah Cara Kawal Emosi

0 month ago, 04-Apr-2021

Kaum wanita sering dikatakan lemah apabila dikaitkan dengan cinta. Ini merupakan satu fakta yang tak boleh kita ubah, tetapi bukan semua wanita lemah!

Biasalah bila seseorang itu putus cinta, emosi sudah pastinya terganggu. 1001 perasaan melanda dalam satu masa. Sakit hati, sedih, celaru, geram, benci, kecewa semuanya cukup.

Jangan Tunjuk Diri Kita Lemah

Jangan sesekali tunjukkan yang diri kita ini lemah. Ini akan membuatkan lelaki rasa mereka sudah menang! Jika mereka ingat kita ini lemah, buktikan yang mereka salah!

Belajar, Redha, Bangkit Semula

Lelaki tidak menganggap putus cinta itu satu trauma dalam hidup mereka. Ini merupakan salah satu kelemahan pada wanita kerana ramai wanita anggap putus cinta ni satu trauma dan penyebab untuk tidak bercinta lagi.

Foto CDC

Jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda mulakan hidup baru. Belajar terima hakikat, redha dan bangkit semula wahai wanita!

Perkara Lepas Usah Dikenang

Biasanya lelaki tak suka mengungkit kisah lama kerana tidak mahu perasaan itu datang kembali. Wanita harus mencontohi sifat lelaki yang sebegini.

Perkara yang sudah lepas tidak perlu diungkit dan dikenang. Yang lepas, biarkan lepas. Jangan hidup dengan kenangan lama, tidak ada faedahnya pun. Belajarlah dari kesilapan lalu dan perbaiki diri anda.

Jangan Pendam Perasaan

Sekiranya anda ditinggalkan, jangan biarkan perasaan itu berpanjangan. Lepaskan ia. Barulah anda boleh hidup dengan tenang dan teruskan kehidupan seperti biasa.

IKLAN

Foto Cleveland Clinic

Luangkan masa dengan orang-orang terdekat. Jangan pendam dalam hati kerana itu hanya akan membuatkan anda merasa lebih tertekan.

Luahkan pada seseorang yang boleh dipercayai atau orang yang terdekat dengan anda (keluarga atau teman rapat).

Sila Kawal Emosi

Bila seorang lelaki sudah bosan dan merasakan wanita itu tidak sesuai untuknya, mereka tidak teragak-agak untuk meninggalkan pasangannya itu. Segala-galanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Tetapi perkara ini jarang berlaku bagi lelaki yang cukup matang pemikirannya. Lelaki yang matang tidak akan semudah itu membuang cintanya hanya kerana perkara remeh-temeh yang boleh dikatakan tidak masuk akal.

Sekiranya perkara ini terjadi pada anda, fikirlah dengan matang dan kawal emosi anda. Jangan sebab ditinggalkan kekasih, anda buat keputusan yang merugikan diri sendiri.

Foto Freepik

Kita harus ingat semua yang terjadi ada hikmahnya. Kita harus belajar menerima hakikat dan belajarlah kawal emosi. Jangan sesekali biarkan emosi yang kawal diri, teruk padahnya nanti.

Selamat Beramal!



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...