www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Dap Jangan Main Api Jangan Samakan Kejadian Di Christchurch Dengan Penyatuan UMNO-PAS

0 month ago, 17-Mar-2019



KUALA LUMPUR, 17 Mac Pemimpin-pemimpin Dap diingatkan jangan bermain dengan api, kerana kecil-kecil api adalah kawan, tapi kalau dah besar api akan membakar diri sendiri, demikian ingatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Jangan samakan kejadian di Christchurch dengan penyatuan ummah UMNO-PAS, jangan simpan otak anda di bawah tapak kaki, katanya dalam lontaran menerusi Twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap pemimpin Dap, Chew Chong Sin yang dilapor melahirkan rasa bimbang kerjasama UMNO dan PAS mampu menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama namun bagaimanapun kenyataan itu ditarik balik selepas mendapat kecaman pelbagai pihak

Dalam masa yang sama, Bung Mokhtar turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan luar batasan kemanuasiaan yang berlaku di dua masjidiaitu Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand.

Kekejaman yang dibuat secara live-stream itu perlu dibantah dan dikutuk oleh semua pihak kerana tindakan mereka yang bertanggungjawab secara jelas melampaui batasan dan lebih kejam dari pengganas, katanya lagi. – MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts