EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jangan Ingkar!

0 month ago, 22-Mar-2020

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU Jangan ada pihak mengingkari arahan yang telah diputuskan diantara pemerintah, ulama serta pakar perubatan agar terus kekal berada di rumah ketika negara dilanda wabak Corona Virus (Covid 19).

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata dimana golongan berautoriti berkenaan telah memutuskan Corona Virus (Covid 19)sangat merbahaya dan boleh merebak.

Maka penyelesaiannya dan cara untuk mengelaknya (daripada) terus merebak ialah setiap rakyat yang ada didalam negara ini terus duduk di rumah.

Mesti ada kawalan pergerakan sebagaimana yang difahami umum itulah yang diputuskan, dan itulah yang telah diajar (diperintah) oleh Allah agar kita taat kepada ulul amri (pemerintah), ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berkuliah di laman sosialnya, pada Jumaat 20 Mac.

Asas berkenaan katanya perlu difahami dan tiada seharusnya dipertikaikan serta tidak mahu mengikutinya.

Nak tunjuk pandai dia ataupun ada orang yang terus mahu merasakan bahawa dia hanya takut kepada Allah tidak takut kepada penyakit (Covid 19) ini.

Jika terus bertelingkah didalam sesuatu perkara seumpama inj, mari kita balik (merujuk) kepada Allah dan Rasul jika kita beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tegasnya.

Sedangkan tegasnya lagi Rasululullah telah pun berpesan melalui hadis mengenai wabak yang mengelakkan perkara memudaratkan ini.

Bahkan didalam waktu yang sama inilah desakan yang disebut didalam al-Quran jangan campakkan diri kamu ke arah kebinasaan.

Kerana kita sudah tahu itu (merupakan) pesana oleh mereka yang bijak pandai (berautoriti), katanya.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...