EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jangan ugut dengan tindakan undang-undang PAC

0 month ago, 19-Nov-2020

KUALA LUMPUR JawatankuasaKira-Kira Wang Negara(PAC)menyifatkan kenyataan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bahawa iasedang mengkajiuntuk mengambil tindakan undang-undangterhadap Pengerusi PAC sebagai tidak patut sama sekali dan suatu percubaan untuk mencabar serta mencabuli keutuhan institusi Parlimen.

PengerusinyaWong Kah Woh berkata tindakan YWP ituadalahberkenaan Laporan PAC berhubung Penjualan Tanah Milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dibentangkan di Parlimen, Rabu lalu.

Segala tuduhan terhadap laporan berkenaan adalah sama sekali tidak berasas dan PAC telah menjalankan siasatan terhadap mana-mana isu tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, katanya dalam sidang media di Pusat Media Parlimenhari ini.

Wongberkata jawatankuasa itu memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mempertikaikan kerja PAC serta mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepadapengerusi atau ahli PAC ketika mereka menjalankan tugas.

Sebarang tuduhan atau ugutan kepadaPACataumana-mana ahli jawatankuasaini berhubung isu yang sedang disiasat atau laporan yang dibentangkanjelas mencampuri bidang kuasa Parlimensebagai cabang legislatif di bawah Perlembagaan Persekutuan.

PAC tidak akan tunduk kepada tuduhan atau ugutan mana-mana pihak dalam menjalankan tugas jawatankuasa ini seperti yang termaktub dalam undang-undang negara, katanya.

Kelmarin, Wong dilaporkan berkata YWP didapati terbabit dalam urus niaga meragukan membabitkan penjualan 97 plot tanah DBKL kepada syarikat swasta.

BERNAMA

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...