EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jamie Carragher: Manchester City Masih Pilihan Utama Juarai EPL Musim Ini

0 month ago, 12-Sep-2019

Bekas pertahanan kental Liverpool, Jamie Carragher masih melihat juara bertahan, Manchester City sebagai pilihan utama untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berbanding bekas kelabnya itu.

Musim lalu, Liverpool memberikan tekanan hebat hingga ke perlawanan terakhir bagi merebut kejuaraan musim 2018/19 tetapi Manchester City mengesahkan kejuaraan selepas menundukkan Brighton 4-1 di gelanggang lawan.

Pada ketika ini, kedua-dua pasukan memberikan gambaran jelas persaingan itu bakal berterusan pada musim ini setelah Liverpool unggul masih mengekalkan rekod 100% kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan.

Sementara itu, The Cityzens pula mengekori rapat di tangga kedua dengan tiga kemenangan dan satu keputusan seri menentang Tottenham Hotspur.

Liverpools Jamie Carragher tackles Newcastle Uniteds Michael Owen (right) (Photo by Owen Humphreys PA Images/PA Images via Getty Images)

Saya merasakan ia masih terlalu awal [permulaan cemerlang Liverpool]. Saya fikir kita mungkin perlu menunggu sehingga Krismas nanti.

Saya merasakan sewaktu Krismas nanti Liverpool dan City akan mempunyai jurang mata yang besar dan ketika ini jurangnya kecil.

Tetapi saya masih menganggap [Manchester] City merupakan pasukan pilihan dan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini kerana mereka memenangi gelaran tersebut dan membuktikannya pada musim lalu.

Saingan liga yang kembali bersambung selepas rehat antarabangsa menyaksikan Liverpool akan bertemu Newcastle United pada Sabtu ini di Anfield manakala Manchester City pula akan berkunjung ke Carrow Road untuk berdepan Norwich City.


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com