EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

DHPP Jambatan Non-Muslim- Ahmad Amzad

2 month ago, 23-May-2020


Ahmad  Amzad turut menyampaikan cenderahati kepada Jefri.


Oleh : AHMAD SABRI YUSOF

KUALA TERENGGANU, 23 Mei- Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) merupakan jambatan antara komuniti non-muslim dengan masyarakat Melayu Islam khususnya di Terengganu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, DHPP Kuala Terengganu bertindak cemerlang dalam memelihara kesejahteraan rakyat terutama di kalangan bukan Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak 18 Mac lalu.

Katanya, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu melalui DHPP Kawasan Kuala Terengganu berjaya mengagihkan bantuan kepada masyarakat non-muslim dalam kawasan tersebut.

Menurut Amzad, bantuan disalurkan kepada semua yang layak tanpa mengira latar belakang parti dan kaum bukan Islam banyak tertumpu di kawasan Kampung Cina, Kuala Terengganu.
DHPP banyak membantu penyatuan kaum di Terengganu.

Ramai yang terkesan akibat arahan PKP itu sejak dua bulan lalu akibat penularan wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Tahniah kepada DHPP Kuala Terengganu kerana cemerlang dalam usaha memelihara perpaduan nasional yang positif di Kuala Terengganu, termasuklah sepanjang musim Covid-19, ujarnya dalam satu kenyataan facebook, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berkata, titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengenai kesan terhadap ekonomi amat menyentuh rakyat.

Tuanku Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong semasa istiadat perasmian pembukaan penggal sidang parlimen pada 18 Mei lalu, ramai rakyat yang terkesan terutamanya dari segi ekonomi.

Alhamdulillah, kerajaan Perikatan Nasional sekarang sudah pun melakukan usaha keras bagi  membantu rakyat dengan lebihkan bekerja berbanding politicking.

Kita sebagai warga Malaysia perlu sentiasa menyemaikan budaya positif untuk kesejahteraan rakyat di negara ini, jelasnya.

Sehubungan itu, kata Amzad, daerah Kuala Terengganu pernah diumumkan kawasan paling gembira berdasarkan indeks kebahagiaan menurut Laporan Kebahagiaan Dunia 2019 (WHR).

Menurutnya, kejayaan itu turut disumbangkan oleh peranan DHPP Kuala Terengganu yang dapat memelihara kesejahteraan di kalangan masyarakat non-muslim.

Tahniah kepada Jefri Chua dan DHPP Kuala Terengganu yang membuktikan dan menolak isu bahawa PAS adalah racist dan tidak mementingkan kaum lain selain Melayu sahaja adalah tidak benar, tegasnya.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Ketua DHPP Kuala Terengganu, Chua Kim Huat atau Jefri Chua, Setiausaha DHPP Kuala Terengganu, Ketua Pemudanya, Alex Chan Fook Yew, Ketua Wanita DHPP Kuala Terengganu, Angeline Mak Yun Yah dan Setiausaha DHPP Kuala Terengganu, Wong Foot Yoke.




: teganukita.net

SUMBER : terengganu11.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...