EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jalur Gemilang Bintang Lima Bucu, Persatuan Bola Keranjang Mohon Maaf

0 month ago, 26-Nov-2019

Sejak semalam tular di media sosial gambar jalur gemilang yang ditayangkan dalam satu perlawanan bola keranjang di ibu kota. Menerusi satu video tular, semasa lagu Negaraku berkumandang seperti ada yang tidak kena dengan jalur gemilang yang ditayangkan di skrin besar.

Jalur gemilang yang dipaparkan hanya mempunyai lima bucu dan tidak mempunyai jalur yang cukup. Perkara itu belaku ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28.

BACA: Denda RM250 Jika Tidak Kibarkan Jalur Gemilang

Malaysia basketball association konon, bendera malaysia sendiri salah, pastu acah2 nak minta maaf kat page fb, carik pasal la puak2 ni pic.twitter.com/tIvZ9pNlut

ISH (@mdotisham) November 25, 2019

Apa yang menyedihkan, perasmian itu di adakan di Malaysia dan dianjurkan oleh pihak Malaysia sendiri, jadi tidak sepatutnya terjadi kesilapan seperti itu.

Susulan kesilapan tersebut, pihak Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Facebook rasmi mereka. Menurut mereka, kesilapan itu tidak disengajakan.

Meskipun sudah membuat permohonan maaf, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati serta menyifatkan kesilapan itu seolah tidak menghormati Jalur Gemilang.

Perkara itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang tetap mahu tindakan tegas ke atas pihak yang bertanggungjawab berhubung kesilapan tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami diFacebookdanInstagram

Selamba Makan Cili, Rangup Pulak Tu!


SUMBER : vitdaily.com



Live Website Traffic


loading...