EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jalani ujian saringan kedua Covid-19, Salah positif lagi

0 month ago, 19-Nov-2020

SEJAK mula disahkan positif Covid-19, nama bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah sering menjadi bualan warganet.

Tambahan pula isu mengenai punca utama Salah dijangkiti virus tersebut juga semakin menjadi topik hangat.

Mana tidaknya, dek hanya kerana Salah menghadiri majlis perkahwinan abangnya dan dilihat tidak menjaga jarak sosial dikatakan penyebab pemain Liverpool itu disahkan positif Covid-19.

Salah hadir majlis perkahwinan abang, dikecam hebat setelah disahkan positif Covid-19

Terbaharu, menurut Persatuan Bolasepak Mesir, Salah masih bergelut dengan jangkitan Covid-19 apabila ujian saringan kedua menunjukkan dia masih positif virus itu.

Selain Salah, rakan sepasukannya, Mohamed Elneny juga disahkan positif Covid-19 bagi ujian kali kedua, kata badan induk bola sepak negara itu.

Salah dalam satu hantaran di Twitter juga ada menyebut: Saya berterima kasih kepada semua orang kerana mengirimkan pesanan yang mendorong dan mendoakan kesihatan saya.

Saya yakin akan kembali ke padang tidak lama lagi, tulisnya.

Artikel berkaitan : Salah hadir majlis perkahwinan abang, dikecam hebat setelah disahkan positif Covid-19

Salah yang merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Ingeris (EPL) musim ini dengan lapan gol akan terlepas untuk bermain bersama Leicester City Ahad ini.

Beliau juga berkemungkinan akan dikecualikan daripada beraksi bagi Liga Juara-Jura membabitkan Liverpool menentang Atlantan, minggu depan.

Salah sebelum ini positif Covid-19 pada Jumaat lalu menjelang kelayakan Piala Afrika menentang Togo.

Meskipun tanpa kelibat Salah, dalam pertemuan bagi kelayakan Piala Negara Afrika 2021 baru-baru ini, Mesir berjaya menewaskan Togo dengan 3 jaringan gol berbalas 1 dan menduduki tempat teratas kumpulan.

Semoga Salah dan rakan sepasukan lain akan segera sembuh dan mampu beraksi kembali di padang seperti sebelumnya.

Id like to thank everyone for the supportive messages and well wishes. Im confident Ill be back on the field soon ????

Mohamed Salah (@MoSalah) November 17, 2020

Post Views: 0





Live Website Traffic


loading...