EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jaguh Badminton No 1 Dunia Kento Momota Terlibat Dalam Kemalangan Di MEX

6 month ago, 13-Jan-2020

Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota cedera apabila van pelancong yang dinaikinya bersama tiga bintang badminton yang lain terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13.7, Lebuh Raya MEX di Serdang pada awal pagi 13 Januari.

Kemalangan itu berlaku dalam masa kurang 24 jam selepas Momota menjuarai Malaysia Masters dengan menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark dalam dua set berturut-turut 24-22, 21-11 pada 12 Januari.

Memetik laporan Sinar Harian Online, tiga mangsa yang lain ialah pemain badminton Jepun iaitu Hirayama Yu dan Morimoto Arkifuki serta William Thomas yang mewakili England.



Momota menjuarai Malaysia Masters selepas menewaskan Viktor Axelson. Kredit foto: Facebook
Pemandu yang merupakan rakyat tempatan, N. Bavan dilaporkan maut dan tersepit di dalam van pelancong berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor menjelaskan, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.57 pagi.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila van pelancong itu melanggar bahagian belakang sebuah lori pasir.

Empat pemain badminton terbabit mengalami cedera ringan dan mereka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...