EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jadual SPM 2021 Terus Undang Kritikan Ramai

0 month ago, 22-Nov-2021

Keputusan jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) Khamis lalu mengundang pelbagai reaksi daripada calon peperiksaan dan ibu bapa.

Ia berikutan ada tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac sehingga 20 Mac 2022 itu, jat0h pada Jumaat dan Ahad.

Selain itu, tarikh jadual peperiksaan itu turut berada pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari sehingga 20 Mac 2022.

Bagi bapa calon SPM dari Pulau Pinang, Roslan Abdul Rahim, 56, keputusan KPM mengadakan kertas mata pelajaran elektif pada Jumaat dan Ahad sebenarnya mempunyai pro dan kontra kepada calon peperiksaan serta ibu bapa.

Katanya, aturan waktu jadual jam 2.30 petang pada Jumaat tidak bersesuaian kerana bagi calon dan pegawai peperiksaan beragama Islam mereka perlu menunaikan solat Jumaat.

Calon peperiksaan mungkin tergesa-gesa selepas selesaikan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Situasi itu tidak seharusnya dilalui mereka kerana SPM adalah peperiksaan terbesar untuk mereka walaupun ia mata pelajaran elektif. Namun untuk kertas pada sebelah pagi, ia tidak mendatangkan sebarang masalah, katanya.

Beliau berkata, situasi itu boleh mendor0ng kepada calon SPM tergesa-gesa dan mungkin penat seterusnya menggnggu fokus mereka auntuk menjawab kertas peperiksaan.

Namun, untuk kertas peperiksaan pada Ahad katanya, mungkin ia satu perkara baharu yang perlu diterima oleh calon dan ibu bapa.

Bagi saya untuk Ahad mungkin tiada masalah kerana rata-rata ibu bapa bercuti pada hari berkenaan.

Mungkin ini peluang untuk mereka menghantar sendiri anak ke sekolah tetapi bagi pegawai peperiksaan atau guru, kami juga memahami situasi mereka yang dilihat perlu bekerja tanpa rehat sepanjang minggu peperiksaan, katanya yang bekerja sendiri.

Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sudah mengemukakan permoh0nan kepada KPM untuk membuat perubahan pada jadual SPM 2021 berikutan tindakan itu seolah-olah KPM tidak mengambil kira kebajikan guru yang perlu bertugas sebagai pengawas peperiksaan.

Perkara itu turut mendapat perhatian Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendedahkan beliau menerima terlalu banyak mesej aduan daripada calon SPM di laman rasmi akaun Twitternya, berkaitan jadual peperiksaan yang terlalu padat.

Saya moh0n KPM meneliti semula jadual SPM 2021 pada 7 Mac hingga 11 Mac yang sangat sesak kerana membabitkan subjek teras back to back (berganti-ganti).

Sebab apa? Silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu, tiada peranti semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan stres boleh akibatkan bun0h diri. Berikan mereka sedikit ruang untuk kertas teras, katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Saya moh0n KPM meneliti semula jadual SPM 2021 pada 7 Mac hingga 11 Mac yang sangat sesak kerana membabitkan subjek teras back to back (berganti-ganti).

Sebab apa? Silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu, tiada peranti semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan stres boleh akibatkan bun0h diri. Berikan mereka sedikit ruang untuk kertas teras, katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau turut berk0ngsi paparan jadual SPM 2021 dikeluarkan Lembaga Peperiksaan (LPM).

Berdasarkan jadual itu, mata pelajaran ditetapkan pada 7 Mac adalah Bahasa Inggeris Kertas 1, Bahasa Inggeris Kertas 2 dan Tasawwur Islam.

Mata pelajaran teras perlu diduduki calon pada 8 Mac adalah Sejarah Kertas 2 dan Sejarah Kertas 2, manakala keesokannya, mereka akan memasuki dewan peperiksaan bagi Matematik Tambahan Kertas 1 dan Matematik Tambahan Kertas 2.

Pada 10 Mac, mereka perlu menduduki Matematik Kertas 1 serta Matematik Kertas 2 dan keesokannya, calon harus menjawab peperiksaan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Bagi Anisah Adan, 39, dia tidak mempunyai masalah jadual SPM dijalankan pada Jumaat namun jika masa itu dapat dianjakkan kepada jam 3 petang.

Jika calon mula menjawab pada jam 2.45 petang, ia mungkin menjejaskan fokus mereka kerana ada yang bergegas pulang daripada solat Jumaat dan mungkin tidak sempat untuk makan tengah hari.

Untuk jadual Ahad pula, saya tidak berapa bersetuju memandangkan Ahad adalah masa untuk mereka berehat. Memang benar pelajar sudah lama terterap di rumah dengan menjalankan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR), tetapi berilah mereka sedikit ruang untuk berehat bersama keluarga, katanya. – dipetik dari MYKMU, BH

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...