EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jadikan rekod rasmi!

0 month ago, 09-Nov-2019

NAMA penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin bakal terpahat sebagai antara penjaring hatrik terpantas dunia apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia memulakan usaha bagi membolehkan catatan itu dijadikan rekod rasmi.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pemain Malaysia turut berkemampuan mencipta jaringan luar biasa termasuklah melakukan gol hatrik terpantas dan ia dibuktikan Luqman.

Walaupun berdepan lawan lemah, namun untuk mencipta hatrik dalam tempoh dua minit 11 saat adalah perkara yang bukan mudah apatah lagi apabila beraksi di pentas antarabangsa.

Saya akan meminta sekretariat FAM memeriksa dengan pihak berkaitan untuk mengesahkan jaringan hatrik terbabit sebagai antara yang terpantas di dunia.

Jaringan itu berjaya dilakukan bukanlah disebabkan Malaysia berdepan lawan lemah namun ia lebih kepada percaturan bijak dan kemampuan Luqman berbuat demikian dalam tempoh tidak sampai tiga minit, katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan kemenangan besar skuad bawah 18 (B-18) tahun negara menentang Brunei dalam aksi kedua Kumpulan G Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19, Selasa lalu, mencatat rekod tersendiri apabila Luqman berjaya menjaringkan antara hatrik terpantas dunia.

Tiga gol dalam masa dua minit 11 saat yang dilakukan pemain kelahiran Kelantan itu mungkin dinobatkan antara hatrik terpantas di pentas antarabangsa jika kejohanan terbabit diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Lebih membanggakan lagi, dia menjadi antara penjaring termuda berbuat demikian.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...