EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Izreen Azminda hamil empat bulan, teringin anak perempuan

0 month ago, 03-Apr-2021

Selepas timbul spekulasi berbadan dua, pelakon Izreen Azminda mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan mencecah empat bulan.

Menerusi laporan Kosmo! Online, pemilik nama Izreen Azminda Aznam itu tiada niat menyembunyikan kehamilan perkara tersebut sebaliknya cukup hanya ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang tahu.

Cuma ini adalah kehamilan ketiga, jadi tidak ada apa yang perlu dihebohkan. Bagi mereka yang sudah menghidu berita gembira ini lebih awal terima kasih atas ucapan dan doa,katanya.

Pelakon berusia 36 tahun itu berkata, dia teringin untuk menimang cahaya mata perempuan pula selepas memiliki dua anak lelaki.

Bagaimanapun, dia tetap gembira sekiranya menimang baby boy lagi kerana rezeki di tangan Allah SWT, paling penting anak dilahirkan dalam keadaan sihat.

Bercerita mengenai alahan, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu terpaksa mengelak daripada terhidu bau minyak masak dan berasa pening jika menaiki kereta pada awal kehamilan.

Alhamdulillah masuk empat bulan kehamilan semua alahan semakin berkurangan, namun saya memilih untuk keluar rumah jika ada keperluan sahaja memandang pandemik Covid-19 yang masih belum reda, ujarnya.

Untuk makluman, itu adalah kandungan kedua hasil perkahwinan Izreen dengan pemuzik bebas, Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017 selain dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim.

Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar hasil perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.

: Kosmo! Online (Haryati Karim) , Instagram Izreen Azminda



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...