EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Itali kembali ke kelompok elit Eropah

0 month ago, 13-Oct-2019

ITALI mengesahkan tiket ke Euro 2020 selepas menewaskan Greece 2-0 di Rome awal pagi tadi sekali gus menebus kegagalan layak ke Piala Dunia lalu.

Kemenangan itu melengkapkan kemenangan sempurna anak buah Roberto Mancini yang meraih 21 mata daripada tujuh perlawanan dan menduduki tangga teratas Kumpulan J.

Pemain tengah Chelsea, Jorginho meledak penalti pada minit ke-63 selepas bola terkena pertahanan Greece, Andreas Bouchalakis dan penyerang Juventus, Federico Bernardeschi menambah jaringan menerusi rembatan pada minit ke-78.

"Saya berterimakasih kepada penyokong di Olimpico di atas sokongan padu mereka walaupun aksi kami pada babak pertama agak hambar, barisan belakang tampak gemuruh, kata Mancini.

Itali salah sebuan negara tuan rumah Euro 2020 dengan aksi pembukaan berlangsung di Stadio Olimpico dan Mancini berharap juara dunia empat kali itu dapat mengulangi semula malam magis Piala Dunia 1990 di Rome.

"Kami berharap saat itu dapat diulangi semula, kata Mancini yang meraih kemenangan kelapan berturut-turut sebagai jurulatih Itali. Dan pada Jun nanti ia lebih cantik.

Itali akan beraksi sekurang-kurangnya dua perlawanan kumpulan di Rome pada Jun 2020.

"Kami akan ke Euro dan pamer prestasi terbaik kerana sudah lama trofi Eropah tiada dalam kabinet Itali, kata Mancini yang merujuk kepada gelaran terakhir Eropah dimiliki Itali pada 1968.

Juara Eropah 2004, Greece menduduki tangga kelima dengan lima mata dan akan menentang pasukan di tangga keempat, Bosnia dan Herzegovina selepas ini.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...