www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Itali Denda Facebook RM40 Juta

0 month ago, 08-Dec-2018


PIHAK berkuasa persaingan Itali mendenda Facebook sebanyak 10 juta euro (RM40 juta) kerana menjual data pengguna tanpa memaklumkan kepada mereka dan secara agresif tidak menggalakkan pengguna cuba mengehadkan bagaimana syarikat itu berkongsi data mereka.




Facebook secara mengelirukan membuatkan orang ramai mendaftar tandatangan, tanpa memaklumkan kepada mereka dengan segera dan cara mencukupi bagaimana data mereka akan digunakan untuk tujuan komersil, menurut kenyataan pemerhati pengguna dan pasaran Itali, AGCM, hari ini.

Syarikat itu juga tidak memberitahu dengan jelas kepada pengguna mengenai tujuan keuntungan yang mendasari penyediaan perkhidmatan rangkaian sosial itu, cuma menegaskan fakta ia adalah percuma.

Ia berkata, Facebook secara agresif tidak menggalakkan pengguna untuk cuba mengehadkan cara syarikat itu berkongsi data mereka dengan memberitahu dengan berbuat demikian pengguna berisiko berhadapan batasan ketara.




Media sosial itu berulang kali menegaskan ia tidak menjual data pengguna.

Syarikat berkenaan berhadapan kritikan kebelakangan ini kerana salah guna data pengguna untuk mempengaruhi pilihan raya di tengah peningkatan desakan supaya firma diketuai Mark Zuckerberg dikawal selia. AFP/myMetro Online




SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts