EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Isteri mahu cuba...'

0 month ago, 06-Nov-2019

HARI itu saya beritahu, bukit inilah yang saya naik hari-hari dan kemudiannya dia kata mahu mencuba dengan kerusi roda, saya bagilah!, kata atlet tenis paralimpik negara, Muhammad Firdaus Ibrahim, 23.

Ia susulan perkongsian rakaman video berdurasi 30 saat di Twitter menunjukkan isterinya, Siti Fatimah Mohd Nor, 25, berusaha menggerakkan kerusi roda untuk menaiki bukit.

Ciapan menerusi akaun Twitter @zafidos milik atlet itu mendapat lebih 4,300 ulang ciap dan lebih 6,800 tanda suka daripada pengikut laman sosial sejak mulai tular pada 3 November.

Muhammad Firdaus ketika dihubungi Harian Metro memberitahu video itu diambil secara spontan sahaja.

Selalunya saya berlatih bersama pasukan pada hari Isnin sehingga Sabtu di Akademi Tenis Antarabangsa, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tapi pada hari Ahad, saya berlatih secara santai bersama isteri sebagai aktiviti riadah bersama kerana kebetulan dia cuti pada Ahad.

Ketika latihan, saya akan meminta dia melontar bola ke arah saya dan saya pukul. Kadang-kala dia ikut saya melakukan senaman, bukan saja fitness (kecergasan) untuk saya, malah untuk kesihatan dia juga, kata Muhammad Firdaus lagi.

Muhammad Firdaus yang baru saja tiba di Thailand selepas menyertai pertandingan Terbuka Thailand dan Terbuka Pattaya berkata, dia mempunyai dua jenis kerusi roda yang digunakan ikut kesesuaian.

Isteri jarang guna kerusi roda saya tapi pada waktu latihan, saya akan tukar kepada kerusi roda sukan untuk latihan, katanya.

Kisah Muhammad Firdaus dan isterinya pernah dilaporkan Harian Metro sebelum ini melalui magis cinta di Instagram pada 16 September lalu selepas pasangan itu berkahwin pada 17 Ogos lalu.

Berita berkaitan

Temui 'magis' cinta di Instagram


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...