EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Isteri Sendiri Sarat Mengandung, Kau Selamba Menyedap Dengan Isteri Orang

0 month ago, 20-Nov-2020

Disaat isteri sedang hamil, si suami seharusnya sentiasa berada di samping isteri namun lelaki hidung belang ini mengambil kesempatan untuk berlaku curang.

Sepasang kekasih sanggup mengaku sudah berkahwin sedangkan masing-masing berstatus suami dan isteri orang diserbu penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di sebuah rumah di Taman Sungai Kob, Kulim.

Penguat kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, semasa pemeriksaan dilakukan pada jam 4.40 pagi tadi, pasangan berusia 29 dan 37 tahun itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka suami isteri.

Malah, pasangan itu turut berbohong bahawa telah bernikah di Thailand namun namun penipuan mereka terbongkar apabila pemeriksaan lanjut mendapat mereka sudah pun berkeluarga.

Difahamkan, lelaki terbabit mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung anak kedua yang dihantar pulang ke kampung.

Wanita itu pula masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua orang anak serta dikatakan dalam proses penceraian, katanya.

Serbuan di rumah lelaki itu dilakukan bersama pegawai masjid dan orang awam yang mengesyaki memang ada berlaku maksiat di rumah tersebut.

Kedua-dua mereka yang merupakan rakan sekerja di sebuah kilang di sini dibawa ke Balai Polis Sungai Kob.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua sekali.

SUMBER: Sinar Harian



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...