EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Isteri Pertama Dikecam Kerana Tular Kisah Penceraian Suami Dengan Isteri Kedua, Rupa-Rupanya..

0 month ago, 25-Aug-2021

Tahun lalu, tular seketika mengenai seorang lelaki yang telah bernikah dengan seorang wanita di mana ia merupakan pilihan isteri pertamanya.

Advertisement

Namun, jodoh tidak panjang, lelaki berkenaan telah memaklumkan bahawa dia kini sudah bercerai dengan isteri keduanya dengan mengumumkan mengenai perkara tersebut di laman Facebook.

@syielarashid#lovestory?? #love?? @khubaibramli? Mohabbatein Maaf Kijeyega Sir Shah Rukh Khan – movie dialogue

Ia kemudian menjadi tular berikutan muncul pula video isteri pertama lelaki berkenaan yang turut menemani suaminya itu ke mahkamah yang dipercayai dalam perjalanan untuk menceraikan bekas isterinya.

Namun, perkongsian kedua-dua individu berkenaan telah mendapat kritikan hebat di mana ada yang menganggap perkara tersebut eloklah disimpan dan tidak dihebah-hebahkan di media sosial agar dapat menjaga maruah masing-masing.

Facebook : Facebook  

“Rasanya benda macam ni tak perlu nak heboh atau umum sampai tahap ni kot.. ke dah benci sangat sampai umum begitu..masa nak kemain lagi..” tulis seorang netizen di bahagian komen.

Advertisement

Manakala bekas isteri kedua lelaki berkenaan pula tampil menjelaskan bahawa mereka berdua (dia dan bekas suami) sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung.

Alhamdullilah hari dan penantian saya selama 2 bulan tidak sebumbung. Dengan ini saya Nurul Ain binti Md Soleh sudah sah berpisah atau bercerai dengan bekas suami, Khubaib bin Ramli. Saya sudah berlapang dada dengan keputusan yang telah diputuskan.

Khubaib dan isteri pertama : Facebook  

Ain juga memesan agar tidak memuat naik sebarang foto gambar perkahwinan mereka sebelum ini di media sosial.

Terdahulu, isteri pertama lelaki berkenaan iaitu Rosyilah ada membuat video memaparkan dirinya membuat persiapan perkahwinan malah menemani suaminya itu untuk bernikah seorang lagi.

Dedah Rosyilah, dia telah meminang sendiri madunya itu dan merupakan calon kelapan untuk berkahwin dengan suaminya.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Isteri Pertama Dikecam Kerana Tular Kisah Penceraian Suami Dengan Isteri Kedua, Rupa-Rupanya.. first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...