EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar telah slamat bers4lin anak kembar lelaki dan perempuan

0 month ago, 20-Nov-2020

ALHAMDULILAH! Hari ini Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos telah pun selamat melahirkan anak kembar mereka pada jam 9.47 pagi tadi,

Difahamkan bayi lelaki dan 9.48 pagi waktu dilahirkan, bayi perempuan hari ini melalui kaedah pembedahan di Sunway Medical Centre.

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar ada turut berkongsi sebuah klip video bilik bayi yang telah cantik berhias sedia menanti kehadiran orang baru di Instagram miliknya.

Katanya juga, Dr Halina telah dimasukkan ke hospital untuk C-Section pada pukul 9 pagi tadi.

Menurutnya, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan bayi tersebut pada minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.

Katanya juga didalam kes pre-eclampsia, satu-satunya rawatan yang ada adalah melahirkan bayi itu. Ia berisiko untuk menunggu lebih lama.

Akhirnya mereka telah memilih hari ini, Pada hari Jumaat bertarikh 20.11.20 dengan harapan ia akan menjadi baraqah untuk semua.

Sebelum ini pasangan bahagia ini turut dianugerahkan sepasang kembar lelaki.

Minggu lalu, Dr Sheikh memaklumkan isterinya berdepan dengan kandungan yang membimbangkan dan boleh menyebabkan nyawa ibu serta bayi berada dalam keadaan bahaya jika tidak dirawat.

Mengikut rekod, pasangan bahagia ini telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober tahun 2010.

Dengan Hasil perkahwinan mereka itu, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Dengan ucapan ribuan Tahniah buat Dr Sheikh Muszaphar dan seluruh keluarganya!

sumber : sinar /majalah-utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima Kasih!!



SUMBER : metro.allnws.com



Live Website Traffic


loading...