EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jadi Isteri, Jangan Sesekali Memperlekehkan Minat Suami

0 month ago, 15-Sep-2020

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Jadi isteri yang baik bukannya susah tapi anda hanya perlu terapkan dalam diri bahawa suami adalah lelaki yang perlu anda hormati. Jangan anggap diri terlalu besar sehingga lupa di mata letaknya kedudukan seorang isteri.

Sebab itu, dalam mengharungi badai rumah tangga, kedua-dua pihak memainkan peranan. Bukan bergantung kepada suami sahaja. Namun, tidak salah jika sebagai isteri, anda juga meletakkan usaha untuk mengurangkan pertelingkahan dalam rumah tangga.

Kerana, salah satu ciri yang disukai oleh suami adalah wanita yang sentiasa menenangkan hatinya. Jadi, entri kali ini akan memberi tips mengenai bagaimana cara untuk menjadi isteri yang disenangi suami.

1 Mengambil Berat Mengenai Perkara Yang Kecil

Kadang-kadang, mengambil berat mengenai perkara yang kecil pun boleh dijadikan sebagai cara yang mudah untuk menambat hati suami. Bertanya kepadanya mengenai sarapan apa yang ingin dimakannya, warna tali leher apa yang ingin dipakainya dan pelbagai lagi.

Ia sedikit sebanyak boleh dijadikan perkara untuk bergurau jenaka sesama suami isteri. Dari sini juga, anda boleh mengetahui perkara yang disukai suami dan sama ada dia seorang yang suka dimanja atau berdikari.

2 Tukarkan eran Kepada Penyelesaian

Lumrah wanita suka bercakap sama ada ia adalah dalam bentuk leteran atau sebaliknya. Namun, tak ramai lelaki yang suka akan perkara itu.

Terutamanya jika ia dilakukan secara kerap. Kadang-kadang perkara ini yang boleh menimbulkan pergaduhan. Jadi, jika leteran itu adalah disebabkan oleh perkara kecil seperti kenapa tidak memasukkan baju yang telah dipakai ke dalam bakul atau mengapa ubat gigi tidak dipicit dari bawah; apa kata tukarkan ia kepada penyelesaian.

Baca : Cabaran hidup suami isteri di akhir zaman, bagaimana untuk melaluinya?

Contohnya, meletakkan bakul baju di tempat yang suami anda biasa lemparkan baju. Cari cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah itu jika perkara itu tetap berlaku walau setelah menasihatinya berkali-kali.

3 Jangan Memperkecil Minat Suami

Jika suami suka bertanya pendapat mengenai sesuatu atau meminta bantuan kita mengenai minatnya, jangan dipandang ringan akan perkara tersebut.

Mereka juga sama seperti wanita. Yang sentiasa memerlukan sokongan dan pendapat daripada orang lain. Dan semangatnya boleh luntur jika orang terdekatnya memberi komen atau kata-kata yang boleh meruntuhkan semangat.

4 Memahami Situasi

Seorang isteri yang baik ialah yang sentiasa memahami situasi dan mood suami. Apabila suami pulang dari kerja dengan penat, janganlah dimulakan perkara yang tidak disukainya.

Contohnya mencari gaduh atau berleter kepadanya. Jika suami memerlukan masa untuk bersendiri atau tidak menjawab persoalan anda, berikan dia ruang untuk berfikir. Seperti wanita yang memerlukan ruang untuk bersendiri atau difahami, begitu juga dengan suami.

Baca : 5 Nafkah Isteri Berhak Dapat Dari Suami

5 Sentiasa Berhias Untuk Suami

Berhias di rumah tidak semestinya memakai make up secara penuh atau berkebaya sepanjang masa, namun memadai dengan sentiasa kemas dan menjaga pemakaian.

Sekurang-kurangnya biarlah sedap mata kita memandang. Jika kita rajin untuk berhias di luar rumah, rajin-rajinkanlah diri juga untuk berhias di dalam rumah. Berhias itu bukan untuk orang lain, tetapi suami anda juga.

Kesimpulan

Banyak lagi perbuatan yang boleh diambil perhatian dan dititikberatkan dalam rumah tangga. Semua itu adalah bergantung kepada kreativiti dan personaliti masing-masing.

Yang paling penting ialah rumah tangga itu perlu dilalui dengan toleransi, barulah akan wujud harmoni. Dan wanita yang menggembirakan suami adalah termasuk dalam ciri-ciri wanita solehah yang sentiasa didambakan syurga dan merupakan harta yang tidak ternilai buat suami.

Baca : Redha Suami Adalah Kunci Syurga Buat Isteri

Kredit : Pesona Pengantin

Jadi Isteri, Jangan Sesekali Memperlekehkan Minat Suami first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...