EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bila Isteri Garang & Keras Kepala Suami Kena Terus Setia & Bersabar

0 month ago, 01-Dec-2019

Gambar hiasan

Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan seorang suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri itu sendiri yang kurang matang, terlalu manja, emosional tidak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego serta perkahwinan tidak sekufu.

Namun, ini cerita sebaliknya. Pandangan seorang suami yang berkongsi apa yang dirasai hampir enam tahun mendirikan rumah tangga. Baginya, kenapa mahu mengalah? Lelaki kan seorang pemimpin.

Dipetik dari facebook Rafie Ramli:

Semalam viral posting isteri mengenai bagaimana saya tangani sikap garang dan keras kepala isteri.

Hari ni saya nak buat posting mengenai apa yang suami rasa pula.

Isteri keras kepala ni tak ramai, tapi banyak.

Mereka tegas dengan keputusan. Tidak mudah mengikut hasutan orang lain.

Itulah isteri saya yang dicintai.

Cuma apa yang perlu suami lakukan bila isteri seorang garang dan keras kepala?

MITOS PEREMPUAN MERAJUK SEBAB MAHU DIPUJUK ITU SEBENARNYA WUJUD.

Perkahwinan saya masih baru nak masuk 6 tahun.

Di awal perkahwinan, isteri saya, seorang yang keras kepala. Degil dan tegas.


Saya juga cepat melenting bila tak kena gaya. Tapi bila bergaduh kecil atau besar, saya akan mengambil peranan, turunkan ego, diam, dengar dan pendam.

Untuk berdiam, saya selalu percaya, apa yang saya cakap atau balas pasti akan lebih mengeruhkan. Mengaku salah walaupun kita rasa kita betul adalah yang terbaik. Perempuan ni mesti nak menang! Fakta mereka berjela. Kita takkan menang lawan mereka.

Layankan aja..

Suami kena ingat, kita bukan perempuan. Kita takkan memahami mereka, benda yang kita rasa kecil, tapi sentiasa besar di hati mereka.

Mengikut ego dan melawan mereka ketika ini sangat tidak relevan.

Saya bersabar untuk beberapa ketika dan hasilnya sgt baik. Isteri saya berubah dan semakin berubah.

Sekarang, kalau bergaduh saya masih kena mengalah, tapi kami jarang bergaduh besar. Sebab dah malas berperang.

Tapi kalau berperang sekejap aja

Sehingga beberapa jam selepas perang, biasanya Fel akan mula tenang. Yang saya selalu perasan, dia selalu solat bila marah. Dan yang buat saya kalah, bila mendengar dia merintih, menangis di dalam doa.

Bila dalam keadaan tenang ini, wanita tegas pun akan mula menyalahkan diri sendiri dan meminta maaf kerana tidak menjadi isteri solehah. Tidak menjadi ibu mithali. Dia akan datang dan meminta maaf.

Waktu ini suami perlu turunkan lagi ego ke lantai, jangan pula kita mengiakan isteri atau menghentam kembali, teruskan juga meminta maaf .

Alhamdulillah, its works every time. Dan besoknya, hadiahkan sesuatu. Apa sahaja yang kita rasa mampu. Mitos perempuan merajuk sebab mahu dipujuk itu sebenarnya wujud. Isteri saya kalau hadiah dia makanan pun dah seronok.

Beli ikut kemampuan.

KENAPA SAYA PERLU MENGALAH? SEDANGKAN SAYA LELAKI DAN PEMIMPIN? 

Tak ada egokah saya ini?

Sebagai suami, saya selalu ingat segala pengorbanan yang Fel dah buat selama ini. Betapa dia berkorban sejak dari mula berkenalan, kami kahwin ketika masih muda remaja, dia seorang yang aggresive, popular, suka shopping, trendy, gila make up.

Tapi lepas berkahwin dia tinggalkan semua sehingga dia berubah menjadi apa yang dia dah jadi sekarang.

Kadang-kadang saya rasa tak boleh jadi sekuat dia kalau saya berada di tempatnya.

Bila mengenangkan dia sanggup berpindah ke Baling yang agak terpencil, takda kawan-kawan, bersedia menerima keluarga serta kawan-kawan dia seadanya dalam hidup dia, saya rasa tidak layak untuk saya kecewakan perasaan dia.

Sebab itu saya banyak mengalah sebab saya tahu jiwa dia memberontak tapi demi kasih kepada keluarga dia bertahan, jadi dia menjadi cepat marah dan tertekan.

Lama-lama, bila dah biasa dengan hidup baru saya nampak dia lebih tenang .

Sekarang,

Bila dia struggle dengan selera makan dan diet dia tapi dalam masa yang sama dia perlukan tenaga untuk menyusukan anak-anak pun saya dah cukup terkesan.

Adakah boleh saya sesabar isteri dan sekuat dia?

Dengan pengorbanan mereka, rasanya tidak layak untuk para suami sakitkan hati isteri walaupun sikit.

Allah Allah, alhamdulillah untuk tempoh perkahwinan ini. Ianya satu proses tarbiah yang baik untuk kami suami isteri.

Saya bukan suami yang baik, tapi saya mahu isteri yang baik. Maka saya berusaha menjadi baik. Rumah tangga itu dibina atas dasar mahu memberi yang terbaik.

Pilih untuk terus setia dan bersabar. Kita pasti menang.

Ihlas daripada suami yang acah acah sweet. Hahaha!

Bagi suami yang ingin membentuk sahsiah dan peribadi isteri yang bersikap sebegini, nasihatilah isteri dengan kebaikan. Gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hatinya. Berikan pujian pada setiap kebaikan yang dilakukannya. Untuk mencapai matlamat itu, suami perlulah menggunakan kata-kata baik yang boleh melembutkan hati isteri. Wanita gemar jika dipuji, sebab itulah suami perlu memuji isteri pada setiap kebaikan yang dilakukan.

: Rafie Ramli via https://www.pesonapengantin.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...