EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Isteri berhias pakai baju lawa2, suami selamba pakai kain pelekat pergi mall

0 month ago, 08-Apr-2021

Biasanya setiap pengunjung yang memasuki shopping mall pasti akan bersiap dengan imej cantik dan menarik, betul tak? Kalau perempuan, siap bersolek serta memakai busana lawa dan bergaya manakala golongan lelaki pula mengenakan kemeja T dipadan kan dengan seluar jeans.

Bagaimanapun terpulanglah pada gaya masing-masing ada yang tidak kisah dan pakai pakaian biasa-biasa sahaja asalkan selesa. Begitulah seperti kisah pasangan suami isteri yang tular di TikTok baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @rishaazreen, wanita itu tampil kemas dan bergaya memakai sehelai blaus serta sepasang seluar berwarna putih ketika pergi ke sebuah shopping mall.

@rishaazreen

Sabar jelah aku ???? #fyp? #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fyp

? original sound Risha & Qayum ? Risha & Qayum ?

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilan suaminya yang dengan selamba memakai T-shirt putih lengan pendek dan hanya berkain pelekat.

Biarpun banyak mata memerhati gerak-geri lelaki itu, dia kekal tenang dan yakin dengan penampilannya sambil sakan membeli-belah ditemani isteri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cara lelaki itu dan menganggap kain pelekat sangat selesa dipakai.

Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan rasa tidak confident untuk melakukannya.

: TikTok @rishaazreen



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...