EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Israel bom Gaza

0 month ago, 16-Sep-2020

Gaza City: Israel mengebom Semenanjung Gaza pada pagi Rabu sebagai tindak balas serangan roket yang dilancarkan dari wilayah dikuasai Palestin itu, pada malam sebelumnya.

Serangan itu menenggelamkan laporan Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menandatangani perjanjian memulihkan hubungan dengan Israel di Washington.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menganggap serangan itu sebagai usaha untuk menggagalkan perjanjian antara pihaknya dengan Bahrain dan UAE.

Sekurang-kurangnya 15 roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza antara 8 malam (waktu tempatan Selasa sehingga pagi Rabu.

rasmi tentera berkata, sembilan daripadanya berjaya dipintas oleh Tentera Udara Israel.

Satu daripada roket itu mengenai bandar pelabuhan Ashdod, dan menyebabkan dua individu cedera.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan roket berkenaan.

Bagaimanapun, Israel menyalahkan Hamas antara serangan itu.

Rejim itu turut memberi amaran kumpulan itu akan menanggung akibat kerana 'melakukan aktiviti keganasan terhadap penduduk Israel'.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...