EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ismail Sabri tidak hadir istiadat angkat sumpah, kontak rapat pesakit COVID-19

0 month ago, 30-Aug-2021


30HB OGOS - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Istana Negara petang ini berikutan perlu menjalani kuarantin kendiri ekoran disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri dengan memaklumkan bahawa beliau perlu menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri istiadat angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini, katanya di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok, Perdana Menteri akan menyertainya secara maya.

Sebagaimana dilaporkan, seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara, Kuala Lumpur petang ini.


............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...