EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

ISMAIL SABRI UCAP TAHNIAH KEPADA ANWAR

0 month ago, 24-Nov-2022

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Saya merafakkan setinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al- Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke-10,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Ismail mengucapkan terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia serta penjawat awam, terutama petugas barisan hadapan yang telah bersama-samanya sepanjang menjadi Perdana Menteri ke-9.

“Saya amat menghargai sokongan Keluarga Malaysia dalam membantu pentadbiran saya, dalam mendepani cabaran dan memastikan Malaysia terus berada di landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi.

“Saya mendoakan kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara,” katanya. –AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...