EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ismail Sabri bertemu Joe Biden di Rumah Putih

0 month ago, 13-May-2022

WASHINGTON D.C. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin ASEAN di Rumah Putih pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Presiden Biden mengadakan pertemuan dengan para pemimpin ASEAN untuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS selama dua hari di sini bermula Khamis.

Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Rumah Putih, Washington D.C. disambut mesra oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden malam Khamis (Jumaat di Malaysia).

Pertemuan bersejarah ini dilihat sebagai titik permulaan untuk membawa impak positif terhadap hubungan diplomatik, dagang dan ekonomi kepada Malaysia.

Datuk Seri Ismail Sabri turut menekankan kepaksian ASEAN dalam kerjasama ASEAN-AS di sidang kemuncak itu, selain berharap semoga sidang kemuncak khas ini akan menjadi landasan strategik bagi ASEAN dan AS mengkaji serta meneroka bidang kerjasama pragmatik bagi memperkukuh kerjasama sedia ada.

Kunjungan Perdana Menteri ke Rumah Putih bagi menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Biden sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Washington D.C., AS.

Perdana Menteri turut menyertai Biden dan pemimpin ASEAN untuk bergambar berkumpulan di pekarangan Rumah Putih.

Mereka kemudiannya menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Presiden Biden di Rumah Putih.

Sidang kemuncak khas dengan pemimpin negara Asia Tenggara itu kali kedua dianjurkan oleh Presiden AS di negara ini.

Pada Februari 2016, Presiden ketika itu, Barack Obama mengalu-alukan pemimpin ASEAN di Sunnylands, California.

Pemimpin ASEAN lain yang menghadiri pertemuan kali ini ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia Joko Widodo; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Hadir sama Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-Cha; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Laos, Dr Phankham Viphavanh juga menghadirinya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Ismail Sabri bertemu Joe Biden di Rumah Putih The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...