EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Umat Islam Perlu Lebih Sensitif

0 month ago, 12-Sep-2020

Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT Umat Islam di Malaysia diseru supaya lebih sensitif apabila melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan agama.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Nik Zawawi Salleh melahirkan rasa dukacita kerana umat Islam lebih suka berdiam diri tanpa berbuat apa-apa apabila agama Islam dan alim ulamak dihina dan dipermainkan.

Pelbagai perkara dan provokasi telah dibuat oleh musuh-musuh Islam bagi melemahkan umat Islam khususnya di Malaysia.

Malah ada di antara umat Islam sendiri yang memburuk-burukkan agama Islam bersama dengan golongan kafir, tegasnya.

Beliau berkata ketika menyampaikan kuliah dhuha di Medan Ilmu Jerteh, Besut pada 11 September 2020.

Katanya, orang-orang kafir bersatu padu dan cepat mengambil bahagian dalam isu-isu yang sensitif dengan menyerang agama Islam.

Artikel SebelumAhli Dan Penyokong PAS Kekal Tenang Menjelang PRN Ke-16 Sabah

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...