www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Irwan Serigar bukan lagi mejar jeneral kehormat Angkatan Sukarela Persekutuan

0 month ago, 06-Dec-2018



Pentauliahan pangkat Mejar Jeneral Kehormat dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah tamat berkuat kuasa 31 Mei 2018.

Loading...

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata penamatan tauliah berkenaan telah dibuat melalui mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-564 yang bersidang pada tarikh itu.


Ia menjelaskan penyandang tauliah kehormat boleh dengan secara sukarela memohon supaya tauliahnya dibatalkan atas sebab-sebab peribadi.


Tauliah kehormat boleh juga ditamatkan apabila pegawai berkenaan tidak lagi menjawat jawatan yang membawa tauliah kehormat tersebut, kata kenyataan itu.

Pangkat Mejar Jeneral Kehormat kepada Mohd Irwan Serigar diberi atas jawatan beliau yang dilantik sebagai ketua setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan pada 30 Okt 2015.
Oleh itu, tauliah tersebut tamat selepas Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan ketua setiausaha Perbendaharaan, menurut kenyataan itu.
Bernama


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts