EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Irfan mahu balas dendam

0 month ago, 09-Nov-2019

MISI menebus kekecewaan akibat dikalahkan Thailand dua tahun lalu menjadi impian pertahanan Kuala Lumpur, Irfan Zakaria sebaik namanya dipilih sebagai pemain lebih umur untuk membarisi skuad Bawah 23 tahun (B-23) ke kejohanan Sukan SEA Filipina.

Irfan berkata, kenangan pahit tewas kepada Thailand di gelanggang sendiri pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur dua tahun lalu masih segar dalam ingatan dan dia mahu membalas dendam dengan menghadiahkan pingat emas kepada negara.

Menurutnya, gandingan pemain muda dan senior mampu membentuk pasukan mantap bagi menghadapi saingan lawan yang sudah pasti menurunkan kesebelasan terkuat.

Cukup menyedihkan pada dua tahun lalu apabila gagal membawa pulang pingat emas dan kali ini bersyukur diberikan kesempatan untuk menebus kembali kehampaan itu.

Walaupun saya dilihat sebagai harapan untuk mengemudi barisan pertahanan namun ia bukanlah bebanan kerana terdapat pemain muda lain yang cukup hebat.

Oleh itu, saya akan berikan yang terbaik jika dipilih oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee dalam kesebelasan utama nanti, katanya.

Pengalaman beraksi di pentas antarabangsa menyebabkan Irfan menjadi pilihan sebagai pemain lebih umur untuk membarisi skuad B-23 ke kejohanan Sukan SEA Filipina.

Kim Swee berkata, pemilihan Irfan dapat memantapkan lagi bahagian pertahanan negara berdasarkan pengalamannya di pentas antarabangsa.

Beliau berkata, Irfan bakal bergandingan dengan Dominic Tan dan Amirul Ashraf dibahagian pertahanan manakala seorang lagi pemain lebih umur akan ditentukan nanti.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...