EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Iqbal tawar RM500,000 cari individu boleh buat lagu

0 month ago, 12-Oct-2021


PETALING JAYA Nama Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila dia menawarkan sebanyak RM500,000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya.

Menerusi perkongsian Iqbal di dalam laman sosial Instagram, pemuda berusia 27 tahun itu dikatakan sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera dengan menawarkan kos sebanyak RM500,000.

Saya mencari sesiapa boleh buat lagu dengan segera dengan kos yang rendah iaitu bajet RM500,000 sahaja, katanya semalam.

Kata Ahmad Iqbal, ibunya merupakan seorang penulis lirik album nasyid juara kebangsaan dan dia juga pernah dinobatkan sebagai juara nasyid di negeri Kelantan, seterusnya naib juara peringkat Malaysia di radio.

Satu perkara lagi, jangan samakan saya dengan founder lain asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah menjadi juara nasyid negeri Kelantan dan naib juara peringkat Malaysia di radio.

Ibu saya penulis lirik album nasyid kebangsaan, di universiti juga ada subjek khas penulisan lagu, saya akan buktikan saya boleh walaupun sedar diri ini bukan seorang penyanyi profesional. Saya sentiasa percaya kerja keras akan membuahkan hasil, ujarnya. K! ONLINE.





Live Website Traffic


loading...