EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Iqbal Intai Peluang Taja Gegar Vaganza Musim Depan- Saya Akan Bawa Perubahan 200 Peratus

0 month ago, 11-Jan-2022

USAHAWANkontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk menaja program nyanyian terkenal,Gegar Vaganza(GV), musim hadapan.

Mendedahkan mengenai perancangannya itu, Iqbal, 27, berkata sejak awal tahun 2021 dia sudah mengintai peluang untuk menaja program berkenaan namun rezeki masih belum memihak kepadanya.

“Sepatutnya tahun ni saya nak taja GV, saya dah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen (TV) tapi sebab dah ada penaja lain yang ambil dulu jadi terlepaslah peluang itu.

“Dalam banyak-banyak program hiburan, saya nampak GV ada pasaran luas, memang dah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk… kalau taja program Islamik atau ilmiah ni kurang sambutan penonton.

“Saya dah berniaga selama empat tahun dan bayar beberapa program di stesen TV lain tapi masih ramai orang belum tahu apa produk saja jual, maklumlah orang kita ni tak nak tengok program ilmiah,” katanya kepadamStar.

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia mahu menaja program nyanyian terbitan Astro itu bukanlah kerana mahu bersaing dengan mana-mana pihak termasuklah bekas majikannya yang juga merupakan penaja musim terdahulu, Datuk Seri Vida (DSV).

Sebaliknya, dia mahu menggunakan platform rancangan itu untuk mempromosikan perniagaannya di samping membantu penyanyi-penyanyi lama.

“Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun ya. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ini bukan program dia.

“Cuma buat masa ini belum ada rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja. Tujuan saya nak menaja program ini untuk angkat semula orang lama industri yang berkualiti…. mahu bantu mereka tingkatkan strategi marketing kerana hal ini juga penting dalam masa sekarang.

“InsyaAllah kalau musim akan datang saya diberi peluang, saya akan bawa kelainan, saya jamin 200 peratus berbeza tak sama macam sekarang.

“Tapi jangan risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV, kita hormati kru-kru dan cuba bantu industri,” ujarnya.
mengaku cipta kontroversi demi nama… Campak duit jadi kesilapan paling besar
INSAFdan menyesal… Demikian luahan penyesalan usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli dengan tindak tanduknya sebelum ini meraih publisiti segera menggunakan kisah percintaannya dengan Datuk Seri Vida.

Akui Iqbal, 28, ketika isu perancangannya untuk berkahwin dengan Vida atau Hasmiza Othman, 51, menjadi bualan hangat sekitar penghujung Ogos tahun lalu, dia sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan nama sendiri.

“Diakui selama ini saya memilih cara yang tidak tepat untuk popular.

“Ada yang sengaja dibuat-buat untuk content semata-mata. Tindakan saya ke arah kontroversi tu memang dibuat dengan niat,” katanya ketika dihubungimStar.

Cerita percintaan antara Iqbal dan bekas majikannya itu kembali muncul pada Ogos 2021 apabila kedua-dua mereka begitu terbuka berkongsi mengenainya di media sosial.

Malah Iqbal turut mendedahkan bahawa Vida pernah melakukan ujian kesuburan pada 2018.

Bukan itu sahaja, Iqbal terus meraih publisiti termasuk menerusi aksi mencampak sejumlah wang kertas di hadapan wartawanmStarsemata-mata mahu membuktikan kekayaannya kepada orang ramai.

Menjelaskan lanjut tentang kontroversi yang sengaja dicipta itu, Iqbal berkata dia berada dalam keadaan terdesak untuk membina nama agar lebih dikenali.

“Mungkin ia berlaku disebabkan saya begitu tertekan untuk membina nama sehingga sengaja cetuskan kontroversi.

“Tapi kadang-kadang bukan saya buat pun, tapi tetap terjadi kontroversi.

“Kini saya rasa menyesal dan rasa tak puas hati dengan tindakan saya sebelum ini. Walau apapun tetap saya yang bersalah,” katanya.

Namun memasuki tahun baharu 2022, Iqbal berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi dan kehidupannya di media sosial.

Ujar Iqbal dia berazam untuk melakukan perubahan positif untuk dirinya pada tahun 2022.

“Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi hal hubungan percintaan, kewangan dan kehidupan peribadi saya.

“Perkara paling besar yang saya belajar daripada kontroversi sebelum ini ialah mengenai perbuatan saya mencampak duit. Itu adalah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan sepanjang hidup.

“Pada akhirnya kita memilih untuk berbuat baik dengan sesiapa saja dan lebih banyak muhasabah diri sebab duit bukan pengukur kebahagiaan,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



SUMBER : printlyrics.net



Live Website Traffic


loading...