EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

iPhone Wujud Dalam Lukisan Berusia 350 Tahun? Biar Betul!

0 month ago, 08-Jun-2021

iPhone wujud dalam lukisan lama berusia 350 tahun, biar betul sedangkan zaman tersebut tidak mempunyai taknologi canggih seperti sekarang ini.

Menurut Viva.co, lukisan lama yang dimaksudkan adalah lukisan yang bertajuk Man Handing a ter to a Woman in the Entrance Hall of a House yang dilukis oleh Pieter de Hooch dan lukisan The Expected One hasil karya Ferdinand Georg Waldmuller pada abad ke-19.

IKLAN

iPhone Atau Surat?

Foto Pinterest (Lukisan: The Expected One dari kurun ke19)

Dalam lukisan tersebut kelihatan wanita tersebut seolah-olah memegang telefon pintar iPhone, tetapi berdasarkan tajuk lukisan tersebut wanita dalam lukisan itu sepatutnya memegang surat.

Mungkin cara surat itu di pegang, membuatkan wanita dalam kedua-dua lukisan tersebut seperti memegang telefon pintar iPhone.

CEO Apple Terpana Melihat Lukisan Lama

Foto Flickr/Europeana (Lukisan: Man Handing a ter to a Woman in the Entrance Hall of a House)

CEO Apple Timothy Donald Cook atau dikenali sebagai Tim Cook, berasa terpana apabila melihat lukisan ajaib tersebut buat pertama kali di sebuah muzium di Amsterdam, Belanda.

Tim dengan yakinnya merasakan apa yang dipegang oleh wanita dalam lukisan itu adalah iPhone, tetapi dipetik dari Vivo.co laporan dari beberapa sumber menyatakan apa yang dipegang dalam lukisan itu bukanlah iPhone tetapi sepucuk surat yang dipegang seperti telefon.

Hebat betul penangan lukisan lama ini, sampai CEO Apple pun tergamam dibuatnya.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...