EdisiViral.Com Search Guest Post Login

iPhone 11 masih tiada pengecasan pantas dalam kotak jualan

0 month ago, 13-Sep-2019

Umum sedia maklum bahawa Apple telahpun melancarkan iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang sekaligus menjadi iPhone pertama yang menggunakan nama Pro.

iPhone 11 adalah pengganti kepada iPhone Xr iaitu iPhone kelas bajet yang mula diperkenalkan pada tahun lepas. Dalam pelancaran itu, iPhone 11 dilihat mempunyai penaiktarafan yang banyak memfokuskan pada fungsi kamera.

Antara yang terbaru buat iPhone 11 adalah cip pemproses A13 Bionic, dwi-kamera 12MP, menyokong pembesar suara Dolby Atmos, mempunyai ketahanan bateri lebih 1 jam berbanding iPhone Xr dan ditawarkan dengan pilihan warna baru.

Namun apa yang mengecawakan pada pelancaran iPhone 11 adalah Apple masih tidak membekalkan pengecasan pantas 18W dan kabel USB-C kepada Lightning sekali dalam kotak jualan. Hanya iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max sahaja yang diberi.

Dijual secara berasingan

iPhone 11 masih menyokong pengecasan pantas, tapi Apple hanya beri pengecasan 5W dan kabel iPhone biasa seperti iPhone sebelum-sebelum ini. Bermakna jika anda inginkan pengecasan pantas buat iPhone 11, anda harus membelinya secara berasingan.

iPhone 11 masih tiada pengecasan pantas dalam kotak jualan TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com