EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Saja Cara Yang Kita Ada.. Intan Najuwa Gesa Rakyat Dapatkan Vaksinasi

0 month ago, 07-Jun-2021

Pelakon kecil molek, Intan Najuwa merayu kepada semua rakyat agar mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi membendung penularan wabak COVID-19 agar terus lenyap daripada negara Malaysia dan seterusnya dapat menjalani aktiviti seperti biasa.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid,24, berkata, mendapatkan vaksin adalah merupakan tanggungjawab setiap individu di negara ini dan kita haruslah sama-sama berganding bahu dalam membantu menurunkan kadar kes harian yang semakin meningkat pada ketika ini.

Advertisement

Ujar Intan lagi, mereka yang sudah mendapatkan tarikh bagi program vaksinasi itu diminta pergi tanpa perlu banyak alasan.

“Bagi mereka yang sudah mendapat janji temu untuk divaksin, pergilah ambil dan jangan sesekali mengelak. Ini sahajalah cara yang kita ada untuk memastikan kita dapat imunisasi yang terbaik dalam kalangan komuniti. Insya-Allah kita pasti boleh menang.”

Kata pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini lagi, dia pada mulanya turut mempunyai perasaan gusar dan ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin yang disediakan kerajaan.

View this post on Instagram

A post shared by Intan Najuwa, 23 ?? (@intannajuwa)

Advertisement

Namun, dia segera membuang stigma negatif itu kerana memikirkan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga masyarakat.

Dia yang telah mendapat vaksin jenis AstraVeneca turut memaklumkan bahawa dirinya tidak mengalami kesan sampingan yang buruk dan hanyalah mengalami demam biasa.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tiada apa-apa kesan sampingan yang besar saya alami. Cuma hari kedua selepas suntikan, saya ada demam dan kesejukan sedikit pada malam hari. Esoknya sudah hilang dan pulih seperti biasa.” ujarnya mengakhiri bicara ketika dihubungi sebuah media, baru-baru ini.

Ini Saja Cara Yang Kita Ada.. Intan Najuwa Gesa Rakyat Dapatkan Vaksinasi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...