www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Skim Insurans B40 : Guan Eng Bohong Dewan Rakyat?

0 month ago, 09-Nov-2018


KUALA LUMPUR, 9 Nov Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan meminta Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE) untuk memberi penjelasan berkaitan skim insurans B40 yang telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2019 baru-baru ini.

Harap LGE boleh buat penjelasan adakah anda berbohong atau mengelirukan Dewan? Adakah Bajet ini untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura? soalnya.

Dalam Bajet 2019, LGE memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mewujudkan skim insurans B40 dimana Syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia akan menyumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan.

Skim insurans itu pun sekadar memberi perlindungan RM8 ribu untuk rawatan empat penyakit kritikal. RM8 ribu memang tidak cukup dan belum jelas apa akan berlaku selepas habis RM2 bilion itu, tapi tak apa itu cerita lain hari…., katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman facebooknya.

Cerita utama, katanya, Great Eastern Life Insurance Malaysia ini adalah milik bank Singapura OCBC. Tahun 2009, Kerajaan Barisan Nasional (BN) memutuskan syarikat insurans di Malaysia tidak boleh dimiliki 100% syarikat asing iaitu maksimum dihadkan kepada 70% dan tahun lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) telah beri amaran terakhir kepada syarikat insuran asing yang masih belum mematuhi peraturan ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, LGE ucap terima kasih kepada Great Eastern atas sumbangan RM 2 bilion itu seolah-olah sudah muktamad dan satu jasa baik dari syarikat itu.

Tetapi media Singapura Isnin lalu melaporkan kenyataan syarikat Great Eastern bahawa ia belum setuju buat sumbangan. Mana satu betul? Adakah LGE telah berbohong di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan rakyat?

Mungkin ramai tanya kenapa Great Eastern sanggup menyumbang? CSRkah? Laporan media sama mendedahkan, rupa-rupanya syarikat itu sedang berbincang dengan kerajaan PH bagi mendapat pengecualian daripada syarat BNM untuk menjual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan.

Tegasnya, secara jelas, Great Eastern memberitahu satu kaedah untuk mendapat pengecualian ialah dengan membuat sumbangan RM2 billion ini.

Nampak tak unsur “quid pro quo” (pakatan murni) di situ?” – MediaUMNO


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts