EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Insiden Rempuh: 4 Disyaki pengganas Ditembak Mati Di Selatan Barcelona

31 month ago, 18-Aug-2017

BARCELONA: Sekurangnya-kurangnya enam orang awam dan seorang anggota polis cedera apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di kawasan resort di tepi pantai Cambrils, di sini.

Pegawai daerah berkata, serangan kedua itu berlaku beberapa jam selepas serangan maut membabitkan sebuah van tidak jauh dari kawasan terbabit.

Terdahulu, polis menembak mati empat penyerang dan mencederakan seorang daripada mereka.

Polis yakin pengganas yang ditembak mati di Cambrils mempunyai kaitan dengan kejadian di Barcelona.

Sebuahvan putih melanggar orang ramai pada petang Khamis do Las Ramblas, Barcelona. Polis Barcelona mengesahkan insiden itu merupakan serangan pengganas.

Setakat ini 13 orang maut dan lebih 100 orang cedera. Kumpulan Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas insiden terbabit.






Kumpulan tersebut kerap mengisytiharkan bahawa mereka terlibat dalam perlbagai insiden keganasan sejak beberapa tahun lalu, namun pakar memberi amaran bahawa dakwaan tersebut perlu diambil dengan berjaga-jaga.

Dua suspek ditahan dan polis berkata, pemandu van berkenaan masih bebas. Bagaimanapun, polis telah menembak mati suspek ketiga yang memandu ke arah pegawai polis di satu kawasan.

Namun, pihak polis masih belum mengenalpasti sama ada suspek yang ditembak itu terlibat dalam serangan di Las Ramblas.

Seorang daripada suspek yang ditahan bernama Driss Oukabir. Dia disyaki menyewa van berkenaan, tetapi menafikan bahawa terlibat dan melaporkan dokumennya telah dicuri.


SUMBER : bazookapenaka.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...