EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Inilah Budaya Anak Zaman Ini- Normala Samsudin Kecewa & Sindir Siapa Tu?

0 month ago, 11-Jun-2021

Dalam beberapa hari ini, nama Profesor Prof Muhaya menjadi bahan perbincangan di kalangan netizen di Malaysia. Malah golongan selebriti juga mengambil bahagian dalam isu sensasi ini. Ini bermula selepas video Profesor Dr. Muhaya yang membahaskan isuKenapa Wanita Lambat Dapat Jodohmendapat kecaman dan kritikan dari orang ramai termasuklah Dr. Amalina.

BACA: Ibu Saya Tak Besarkan Saya Jadi Bodoh-Bodoh Sikit Depan Lelaki Dr. Amalina Bidas Prof. Muhaya

IKLAN

Setelah Prof Muhaya mendapat kecaman bertubi-tubi dari warga netizen, bekas penyampai TV ini ada pandangannya tersendiri. Puan SriNormala Samsudin terpanggil untuk memberikan nasihat kepada orang ramai.

Menerusi IG Storiesnya, Normala berkata sebagai anak muda, seharusnya kita mendengar nasihat dari orang yang seusia dengan ibu kita.

Dalam pada itu, Normala turut merasa kesal dengan budaya anak zaman ini dengan adab yang semakin lemah.

Pernah tak bila ibu menegur, ada sesetengahnya soksek- soksek di belakang ibu dan buat muka di belakang ibu, bisik-bisik dan bercerita pulak dengan kawan, buat muka cebik dan yang paling sedih bila anak sendiri pandai menjawab balik dengan nada kasar.

Inilah budaya anak zaman ini. Kalau zaman saya dulu, jika nenek berbicara, jangan sesekali tengok muka dan buat muka, jauh sekali menjawab balik. Adakah adab kita semakin lemah. Jurang orang muda tidak menghormati orang yang lebih tua amat tinggi. Renung-renungkan.- tulisnya di ruangan kapsyen.

Foto: Instagram @normalasamsudinofficial

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang disampaikan. Salah seorangnya berkata,

Netizen sekarang ni dah kurang adab dalam berbicara, masing-masing nak tunjuk siapa lebih hebat-kata salah seorang netizen dengan akaun bernama @mickeyanne9533.

Apa komen anda? Adakah kerana yakin dengan prinsip sendiri ,budaya tidak menghormati orang lebih tua diketepikan? Tepuk dada tanyalah selera

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...