EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, polis tahan dan beri amaran kepada rakyat yang masih berdegil

3 month ago, 21-Mar-2020

KUALA LUMPUR - Masih ramai yang berdegil dan enggan menuruti perintah kerajaan dengan makan di restoran dan tidak duduk di dalam rumah.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 Mac lalu dilaksanakan, kita dapat lihat masih ramai individu yang berdegil dan melanggar perintah kerajaan. Masih ada segelintir individu yang keluar dari rumah, berjoging di taman dan sebagainya.

Malah, terdapat juga pihak peniaga yang membenarkan pelanggan untuk makan di premis mereka sedangkan kerajaan sudah menjelaskan bahawa peniaga hanya boleh mengamalkan polisi perkhidmatan pembungkusan sahaja.

Di Teluk Intan baru-baru ini, pihak polis telah menjalankan serbuan dan menahan seorang pemilik restoran bersama beberapa pelanggan yang didapati melakukan kesalahan dengan makan di premis.

Menerusi video berdurasi 3 minit 27 saat yang tular di Facebook itu menunjukkan beberapa orang anggota polis sedang memberikan amaran kepada pemilik restoran dan pelanggan-pelanggan yang makan di situ.

Bersih5.0/Facebook

Pada awalnya, pihak polis hanya ingin memberikan amaran dan meminta agar pemilik restoran menyimpan meja dan kerusi bagi menjalankan aktiviti penjualan makanan menerusi kaedah pembungkusan sahaja.

Bagaimanapun, pihak polis terpaksa menahan beberapa pelanggan yang dikatakan berdegil dan ingkar akan arahan yang dikeluarkan itu.

Bersih5.0/Facebook

Sementara itu dalam satu video lain di Twitter pula memaparkan rakaman beberapa anggota polis yang membuat rondaan dan memberi amaran kepada pelanggan di sebuah restoran mamak.

Ternyata, masih ramai lagi individu yang memandang remeh akan isu ini dan tidak menyedari betapa seriusnya gejala wabak Covid-19 ini dalam memberi kesan kepada seluruh dunia.

Segelintir yang masih degil. #KitaJagaKita pic.twitter.com/Ho0idQnkpw

MyWatch (@My_CrimeWatch) March 18, 2020

@My_CrimeWatch/Twitter

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut menggesa orang ramai untuk melaporkan sebarang kegiatan pelanggaran perintah kawalan pergerakan memandangkan masih ada individu yang melanggar arahan dengan makan di restoran dan pergi ke taman.

@My_CrimeWatch/Twitter

Orang ramai boleh melaporkan pelanggaran ke bilik gerakan kementerian di talian 03-88868110 dan 03-88868126 atau mana-mana balai polis terdekat.

Ingat ya, Perintah Kawalan Pergerakan ini bukanlah satu arahan yang membenarkan anda untuk bersuka-ria. Duduk di rumah dan jangan keluar ke mana-mana.

Ini adalah demi keselamatan rakyat dan juga negara. Marilah kita sama-sama memberikan sumbangan dalam usaha kerajaan untuk menangani penularan wabak Covid-19.

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, polis tahan dan beri amaran kepada rakyat yang masih berdegil Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...