www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ingin ke New Zealand Dengan Harga Mampu Milik? Siap Boleh Sewa Karavan Lagi!

0 month ago, 07-Nov-2018


Sebut sahaja tentang New Zealand, pasti anda akan terbayangkan keindahan alam semula jadinya yang menakjubkan.

Jadi semestinya berkunjung ke New Zealand akan termasuk dalam senarai bucket list lokasi percutian wajib untuk anda.

1

Dari pesisir pantai yang cantik sehingga ke gunung-ganang yang tersergam indah pasti membuat anda terpegun dan terpesona. Tak salahlah kalau orang kata New Zealand merupakan tempat percutian paling best di dunia.

2

Bukan sahaja menjanjikan pemandangan yang cantik, New Zealand sememangnya terkenal dengan tahap kebersihan udara yang terbaik dan terbersih di dunia tau!

Antara cara terbaik untuk anda meneroka keindahan alam semula jadi di negara ini ialah dengan menyewa dan mengembara menggunakan Karavan.

Apa tu Karavan?

3

Karavan ialah sejenis kenderaan yang boleh memuatkan tiga hingga enam orang dan mempunyai kemudahan asas di dalamnya seperti dapur, tempat tidur dan tandas. Jadi bila anda menyewa Karavan, sekali pakej dengan tempat tinggallah. Dan yang paling best boleh bawa tempat tinggal ni ke mana sahaja anda pergi.
Jadi kali ni kami nak kongsi beberapa tips untuk anda meneroka ke segenap pelusuk New Zealand menggunakan Karavan.

Harga

Jika anda merancang untuk mengembara menggunakan karavan, jangan risau terdapat banyak syarikat dan lokasi yang menawarkan servis menyewa karavan dengan pelbagai harga dan pakej. Kadar sewa untuk sebuah karavan biasanya sekitar $90 hingga $200 sehari. Apa yang menariknya, jika anda menyewa karavan dalam jangka masa yang lebih lama, harganya akan menjadi lebih murah.

Tetapi anda perlu ingat, untuk menyewa karavan ada lagi kos-kos lain yang perlu dimbil kira selain bayaran sewa kenderaan. Antara kos yang diperlukan ialah:

– Insurans jalan = $30 hingga $50 (all inclusive)
– Cukai diesel mengikut kilometer (berbeza mengikut syarikat)
– Deposit anggaran antara $200 hingga $300 jika berlaku sebarang kemalangan atau saman ketika anda memandu karavan.

Ada satu perkara penting yang perlu diingat, kesemua transaksi kebiasaanya akan menggunakan kad kredit. Kepada anda yang tidak menggunakan kad kredit, anda juga boleh menggunakan khidmat kad debit.

Lokasi yang wajib anda kunjungi!

Dah tahu tentang karavan kan? Sekarang kami nak kongsikan beberapa lokasi menarik dan best yang boleh anda pergi ketika di New Zealand nanti.

Bay of islands

4

Anda minat dengan sukan air? Kalau ya, ini ialah destinasi yang wajib anda kunjungi. Selain saktiviti sukan air yang disediakan di sini, Bay of island adalah tempat terbaik untuk memancing dan belayar.

Jika anda berada di Auckland dan ingin ke The Bay of Islands, ia mengambil masa sekitar tiga jam memandu. Daerah ini terdiri daripada lebih 140 buah pulau yang sangat cantik dan memukau pandangan anda. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah anda boleh menyelam skuba dan meneroka dunia bawah laut yang baru.

Selain itu, anda boleh berjumpa hidupan marin di Great Sights Dolphin Eco. Anda boleh melihat ikan lumba-lumba dan ikan paus dari atas bot dan berpeluang berenang dengan ikan lumba-lumba.
Hobbiton

Tak lengkap kunjungan ke New Zealand jika anda tidak berkunjung ke Hobbiton. Tapak pengambaran filem The Hobbit ini terletak di Ladang Biri-Biri Alexander di daerah Matamata menjanjikan pengalaman fantasi ke dunia realiti.

Di sini anda berpeluang untuk melihat kehidupan dunia The Hobbit dengan lebih dekat. Terdapat empat pekej yang berlainan untuk menikmati pengalaman fantasi di sini iaitu Hobbiton Movie Set Tour, Private Tour, Evening Banquet Tour dan Chinese Tour. Anda perlu datang sebelum jam 4 petang ya.

Fox Glasier

5

Terletak di Taman Negara Wetland Tai Poutini di Pantai Barat Pulau Selatan New Zealand, Fox Glasier diberi nama sempena Sir William Fox, Bekas perdana menteri New Zealad tahun 1869 sehingga 1872. Fox Glasier adalah salah satu glasier di dunia yang boleh diakses oleh manusia.

Merupakan salah satu tarikan utama pelancong dari seluruh dunia. Anda boleh berjalan ke Terminal Face dan mencuba ice-hiking adventure atau menempah sightseeing flight untuk meneroka keindahan Fox Glasier dari udara. Semasa perjalanan pulang, jangan lupa untuk sunggah di Lake Matheson yang cantik untuk bergambar.

Wai-O-Tapu

6

Satu lagi lokasi wajib anda kunjungi jika ke Negara kiwi ini ialah Wai-O-Tapu. Merupakan salah satu tempat yang tersenarai dalam 20 Most Surreal Place In The World. Panorama di sini sangat menarik dan memukau sesiapa sahaja yang berada di sana tetapi dalam masa yang sama suasana di sana juga sangat menakutkan.

Wai-O-Tapu merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Maori yang bermaksud Air Suci. Wai-O-Tapu memiliki banyak kolam air panas dan ia merupakan kawasan aktif geoterma.

Mount Cook National Park

7

Mount Cook merupakan gunung yang tertinggi di New Zealand dengan ketinggian 3754 meter. Anda boleh menuju ke puncak gunung ini melalui trek pejalan kaki yang disediakan dan sangat mudah serta selesa untuk dilalui.

Jika anda inginkan sesuatu yang lebih ekstrem, anda boleh cuba menunggang basikal untuk sampai ke puncak.

Anda akan terpukau dengan keindahan kawasan sekitar yang nampak seperti di dalam lukisan.

Lake Wanaka

8

Wanaka merupakan satu bandar kecil yang mempunyai sebuah tasik yang menarik terletak di South Island dan berdekatan dengan Taman Negara Gunung Aspiring.

Tasik Wanaka menjadi lokasi utama untuk penggemar aktiviti lasak. Selain itu di sini juga menjadi lokasi yang sesuai untuk rehatkan minda dan bersantai. Terdapat restoran, kafe dan kedai untuk mereka yang memilih untuk melakukan aktiviti yang lebih santai.

Roys Peak

9

Roys Peak adalah sebuah gunung yang terletak di antara Wanaka dan Glendhu Bay dan merupakan trek pendakian yang popular di New Zealand. Perjalanan pergi balik melalui trek sepanjang 16 kilometer ini mengambil masa antara lima hingga enam jam. Apa yang anda perlu tahu, trek ini akan ditutup diantara 1 Oktober hingga 10 November setiap tahun.

Cukup teruja untuk memulakan pengembaraan anda ke New Zealand?

Air Asia kini sedang mengadakan promosi yang membolehkan adan menempah tiket ke Auckland, New Zealand dengan harga serendah RM 899. Tempoh tempahan telah pun bermula dan akan berakhira pada 9 Disember 2019.

Terbang mulai sekarang sehingga 10 Februari 2019. Jangan risau, AirAsia menawarkan penerbangan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Auckland.

Tunggu apa lagi? Tempah tiket anda ke Auckland, New Zealand sekarang untuk menjadikan impian pengembaraan anda satu kenyataan.





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts