EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntutan Cerai Nabila

0 month ago, 11-Sep-2019

Umum mengetahui tentang krisis rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad selepas isterinya, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan penceraian pada 27 Ogos lalu.

Susulan daripada itu, Sharnaaz dan isteri telah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi menyelesaikan kes perceraian mereka.

Dalam prosiding yang dijalankan, Sharnaaz menolak tuntutan cerai dari Nabila kerana masih ingin berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina sejak dua tahun lalu.

[UPDATE] Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila’s divorce case in Kuala Lumpur Syariah Court https://t.co/zOTsqnIhz4

New Straits Times (@NST_Online) September 11, 2019

Saya tak boleh nak beri keterangan yang lebih sebab saya kena mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah. Niat dan nawaitu kita adalah untuk menjadi pendamaian yang sihat. Jalan penyelesaian terbaik untuk both parties.

Bila saya kata tak setuju, maknanya kita akan cuba perelokkkan sebaik mungkin. Orang kata kenapa kahwin elok-elok, takkan cerai nak gaduh-gaduh, kita tengok apa kebaikan yang boleh dicari.

sharnaaz ahmad noor nabilaNabila pula kelihatan sebak semasa ditemuramah pihak media dan buat masa ini dia belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan. Nabila berkata, dia hanya mahu memberikan fokus kepada anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad.

Berita : mStar Online & NST




Live Website Traffic





www.edisiviral.com