EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PU Riz Ingin Kongsi Rezeki, Hadiahkan RM300 Kepada Pelajar Dapat 5A Dalam Keputusan SPM 2020

0 month ago, 11-Jun-2021

Pendakwah bebas juga selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Suami kepada Neelofa itu berkata, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan mereka.

Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya beserta slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.

Setiap seorang akan dapat RM300. Saya ingin berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang, jelasnya.

Jelasnya, biarpun nilainya tidak besar, apa yang ingin cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan perolehi kebaikan dan ganjaran.

Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah, katanya.

Pada masa sama, PU Riz menjemput kesemua pelajar yang terpilih itu menyertai sesi siaran langsung di IG miliknya @hrisbismail pada jam 1 petang, esok.

Saya memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam sesi live bersama saya. Sedikit sebanyak mereka boleh berkongsi tips pembelajaran atau apa saja yang diamalkan sehingga mendapat keputusan cemerlang.

Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM akan datang, jelasnya.

Ujarnya lagi, mungkin perkongsian yang dibuat nanti dapat menjadi asbab kepada kejayaan ramai pelajar lain. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...