www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ingatkan Diri Untuk Sabar, Jangan Kongsi, - Neelofa

0 month ago, 13-Feb-2019




Pengacara dan ushawan terkenal, Neelofa tidak menafikan sebenarnya sukar buat dirinya serta sesetengah orang lain untuk berdiam diri untuk tidak memuat naik apa-apa status di media sosial apabila sesuatu terjadi kepada diri.

Sebenarnya saya tengok situasi ini sudah lama (individu yang gemar memuat naik status di Instagram khasnya mengenai hal peribadi) dan saya sendiri pun susah untuk tidak meletakkan apa-apa statud bila suatu benda terjadi.

Sebab secara semula jadinya kita pasti mahu bersuara atau ekspresi apa yang kita rasa sama ada tengah marah atau sedih.

Bagaimanapun, kita kena didik diri supaya senyap dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Sebab saya faham sesiapa sahaja boleh melalukan hal tersebut, jelasnya.



Ditanya sama ada jawapan yang diberikan itu turut ada kena mengenai dengan situasi yang berlaku di sekeliling bintang kelahiran Kelantan itu, Lofa mempunyai jawapannya sendiri.

Rasanya tidak adil untuk saya kalau kata ia ditujukan kepada mereka yang berkaitan dengan saya, rasanya saya tak adil untuk bersuara sebab saya tidak mahu masuk campur atau menjawab bagi mana-mana pihak.

Pandangan saya itu adalah buat sesiapa sahaja memandangkan semua orang akan menghadapi situasi yang katakan tadi, berkenaan dengan sosial media yang akan memburukkan lagi keadaan.



Misalnya masalah yang berlaku kecil sahaja, tetapi bila dimuat naik di Instagram ia jadi kian besar. Jadi semua kena berhati-hati dan ingatkan diri untuk sabar, jangan kongsi lagi. Selesai dalam cara yang lain terlebih dahulu, katanya profesional.

Terdahulu, Neelofa ditemui media sejurus tamat program istimewa MeleTop yang turut mengumumkan senarai Top 20 calon Anugerah MeleTop 2019 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Foto: Instagram Neelofa via mediahiburan.my

copyright 2018 All rights reserved

BLOGMAZEER.COM



SUMBER : viralpurba.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts