EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ingat Dah Kahwin.. Sering Kongsi Gambar Mesra, Peminat Ingat Adam Lee Dan Qismina Sudah Bernikah

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Semakin hangat setelah tampil dalam drama Bidadari Salju yang kini bersiaran di saluran TV3, pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee disangka telah mendirikan rumah tangga gara-gara sering berkongsikan foto dan video mesra di laman sosial terutamanya Instagram.

Sweet Qismina dan Adam Lee : Instagram Sweet Qismina  

Menerusi sebuah entri terbaru di Instagram Sweet, seorang peminat telah tampil bertanyakan sama ada mereka berdua telah berkahwin ataupun tidak menerusi ruangan komen perkongsiannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by ?????? ??????? ??????? (@sweetqismina)

Advertisement

“Diorang dah kahwin ke? Minta maaf tanya sebab ramai akta diorang dah kahwin”, tanya individu itu ringkas. Enggan membiarkan netizen berterusan membuat andaian, pelakon drama bersiri Pink Smile itu tampil membalas komen individu tersebut.

Sweet yang kini berusia 24 tahun menjelaskan bahawa dia dan Adam masih belum berkahwin namun berharap agar individu tersebut dan juga peminat di luar sana agar mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.

Komen Sweet Qismina : Instagram Sweet Qismina  

Sekadar info, Adam dan Sweet yang kini bergandingan sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri Bidadari Salju difahamkan mulai rapat setelah berlakon bersama dalam drama Adam Chempaka pada tahun 2019 yang lalu.

Ingat Dah Kahwin.. Sering Kongsi Gambar Mesra, Peminat Ingat Adam Lee Dan Qismina Sudah Bernikah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...