EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PKP: Ingat insan terpinggir

2 month ago, 23-Mar-2020

DALAM pada patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan duduk diam di rumah, pelakon dan pengarah Jehan Miskin menyeru orang ramai agar tidak melupakan individu terpinggir dan sunyi.

Jehan mengakui, keadaan sekarang lebih sukar dilalui golongan yang tinggal bersendirian atau mereka yang tidak mempunyai keluarga.

Sesetengah daripada kita memang cukup bertuah dapat bersama dengan orang tersayang pada masa getir ini. Tidak ketinggalan, ramai juga yang bersendirian, sunyi dan terpinggir.

Ada banyak cara kita boleh bantu mereka. Sebagai contoh, tawarkan diri untuk mendapatkan barangan keperluan harian jiran yang sudah tua, katanya.

Pelakon Anak Halal itu juga meminta semua pihak agar sentiasa memeriksa keberadaan atau keadaan kenalan yang tinggal berseorangan.

Hubungi rakan yang sudah lama tidak berhubung. Periksa juga keadaan kenalan yang tinggal bersendirian. Cuba ambil tahu, berhubung, kuatkan semangat dan saling menyokong.

Dalam situasi sekarang, kita kena bersatu biarpun berjauhan. Dengan cara inilah kita mampu mengharungi perkara ini, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...