EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Indonesia mula guna vaksin dari China, UK

0 month ago, 18-Oct-2020

Jakarta: Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto menjelaskan bahawa negara berkenaan akan menggunakan vaksin dari China dan United Kingdom (UK) terlebih dahulu sementara menanti vaksin Merah Putih siap pada 2022.

Katanya, republik berkenaan perlu manfaatkan kerjasama dengan China dan UK memandangkan vaksin berkenaan memerlukan dua kali suntikan.

"Sambil menunggu vaksin Merah Putih siap dua tahun lagi, kita perlu manfaatkan kerjasama dengan dua negara terbabit.

"Kita juga akan utamakan pemberian vaksin kepada kakitangan perubatan terlebih dahulu," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan vaksin dari China dan UK dapat memenuhi keperluan sekurang-kurangnya 70 peratus populasi rakyat Indonesia.

Selain itu, ia juga turut serta dalam sekutu antarabangsa iaitu Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) dan Global Alliance for Vaccine and Immunization (GAVI) yang dijangka memenuhi keperluan 20 peratus akses kepada vaksin untuk rakyat.

"Dengan tersedianya vaksin Merah Putih, ia akan melengkapkan keperluan 100 peratus untuk populasi Indonesia," katanya.

Terawan berkata, penyelidik Indonesia juga sedang membangunkan vaksin Merah Putih menggunakan strain virus Indonesia.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...