EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Individu Yang Terkandas Di Luar Kawasan, Kampung Atau Bercuti Dibenarkan Merentas Negeri

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Sekiranya anda antara individu yang terkandas di tempat bercuti, kampung atau luar kawasan yang lain sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

Usah risau, anda masih dibenarkan untuk pulang tetapi hanya pada minggu ini sahaja.

Itulah jaminan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada seluruh rakyat negara.

Tindakan prihatin Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah untuk memastikan semua pihak tidak panik dan mampu teruskan perjalanan ke tempat asal mereka.

KPN Tan Sri Abdul Hamid menegaskan, beliau hanya mengenakan pertimbangan tersebut sehingga Jumaat ini sahaja. Oleh itu, semua pihak perlu memberi kerjasama dalam tempoh PKP ini.

Sekiranya terdapat pihak mengambil kesempatan dan melanggar peraturan, maka kompaun sekitar RM1,000 boleh dikenakan ke atas individu terbabit.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...