EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

TMJ Individu Pertama Di Malaysia Miliki Full Set PS5, Warganet Tak Terkejut Kalau Miliki PS6 Pula

0 month ago, 20-Nov-2020

Salah satu produk yang paling ditunggu-tunggu oleh para gamers tahun ini, sudah pastinya Sony PlayStation 5 ataupun PS5.

Baru sahaja dilancarkan pra tempahan pada 12 November lalu, habis ditempah dalam masa 1 minit sahaja!

PS5 review:

Dasyat betul penangan PS5 ni sampai ramai yang kecewa dan hanya boleh menantikan batch kedua pada bulan Disember nanti.

Terbaru, apa yang paling menarik perhatian warganet adalah antara semua yang terawal membuat pra-tempahan, DYMM Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ataupun lebih mesra dipanggil TMJ, dikatakan menjadi orang pertama di Malaysia yang telah menerima PS5 itu!

Meninjau di laman sosial Instagram TMJ, beliau telah memuat naik swafoto berpelukan bersama PS5 berkenaan di IG Storynya. Wow!

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tidak terkejut kerana TMJ sememangnya mampu untuk membeli PS5, malah ada yang mengatakan beliau siap boleh ‘build in’ PS5 untuk pasukan JDT.

Harap-harap TMJ buat review PS5 ni nanti, boleh lah fikir berbaloi nak beli atau tidak. Ye dak?

 

Dari Oh Media.

TMJ Individu Pertama Di Malaysia Miliki Full Set PS5, Warganet Tak Terkejut Kalau Miliki PS6 Pula first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...