EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PDRM Cari Individu Bawa Motor Pakai Kaki, Dah Pergi Rumah Tapi Ini Sahaja Yang Polis Jumpa

0 month ago, 13-Sep-2020

KUALA LUMPUR Polis mencari seorang lelaki yang bertindak mengawal hendal motosikal ditungganginya dengan menggunakan kaki dalam kejadian di Jalan Kucing di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semakan mendapati motosikal terbabit didaftarkan atas nama seorang lelaki berusia 61 tahun.

Beliau berkata, berdasarkan alamat yang didaftarkan, anggota polis sudah pergi ke rumah terbabit dan mendapati motosikal itu digunakan anak lelakinya ketika kejadian.

Anggota Dah Pergi Rumah

Ketika sampai di rumah itu, anak pemilik motosikal itu tidak berada di rumah dan usaha mengesannya giat dijalankan.

Motosikal tersebut kemudian dirampas untuk tindakan lanjut, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Zulkefly berkata, polis mencari lelaki berkenaan yang dikenali sebagai M Thiruvarasu, 36, beralamat di Selayang Baru di sini untuk membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, aksi berbahaya lelaki berkenaan yang mengawal handel motosikal dengan menggunakan kaki menjadi tular di media sosial sejak semalam menerusi satu video berdurasi 41 saat.

Lelaki itu duduk di atas motosikal yang sedang meluru laju sambil tangannya memegang sebungkus air minuman.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penunggang motosikal berkenaan.

: SinarHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

PDRM Cari Individu Bawa Motor Pakai Kaki, Dah Pergi Rumah Tapi Ini Sahaja Yang Polis Jumpa Rentas Asia.


SUMBER : rentasasia.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...