EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Impian Arwh Masa Hidup- Ibu Tiri Teruskan Legasi Perniagaan Siti Sarah

0 month ago, 13-Oct-2021

Kerinduan kepada mereka yang telah tiada pastinya tidak pernah akan dapat ditanggung.

Kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggaIkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali.

Walaupun sudah dua bulan pemergiannya, peninggaIan legasi perniagaan Sarah masih tetap diteruskan

Terbaru, ibu tiri kepada Sarah, Siti Fatimah Suberi, 34, kini menggalas tanggungjawab menguruskan perniagaan tudung dan kosmetik milik penyanyi itu.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, dia perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama Allahyrhamah sebelum ini.

Walaupun arwh sudah tiada, tapi dia buat saya jadi kuat dan tak boleh duduk diam. Saya perlu jaga perniagaan yang arwh bangunkan selama ini.

Saya tak boleh biarkan kakitangan kesayangannya terabai. Insya-Allah saya mampu dan boleh hadapi semua ini. Saya nak perniagaan itu terbang tinggi sebab itu impian arwh semasa dia hidup.

Setiap hari ada saja benda dia nak buat untuk perbaiki kalau tak berpuas hati dengan kualiti produk.

Buat semua doakan saya dapat mengalas tanggungjawab menjaga perniagaan ini dengan baik, tulisnya.

Siti Fatimah berk0ngsi mengenai perkara terbabit di hantaran terbaru yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Siti Fatimah yang kini mengendalikan tudung jenama Loveta dan Ratasya Cosmetics sempat berk0ngsi kerinduan terhadap arwh.

Cepat betul masa berjalan. Kalau kira-kira sudah dua bulan Sarah pergi tinggalkan kita semua. Rindu usah cakaplah.

Rasanya setiap hari masuk pejabat mesti tenung gambar Sarah, katanya.

Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat C0VID-19 pada 9 Ogos lalu. – dipetik dari Xtra, Instagram

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...