EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Immobile Atasi Lewandowski Untuk Perebutan Kasut Emas Eropah

0 month ago, 30-Jul-2020

Penyerang Lazio, Ciro Immobile yang menjaringkan satu gol ketika pasukannya menang 2-0 ke atas Brescia kini telah pun memintas Robert Lewandowski untuk perebutan Kasut Emas Eropah selepas mencetak gol ke-35 Serie A musim ini.

Pencapaian itu turut menjadikan Immobile sebagai pemain Itali pertama yang menjaringkan 35 gol dalam satu musim dan kini sedang selesa untuk merangkul anugerah Capocannoniere pada musim ini.

Dengan saingan liga berbaki satu perlawanan sahaja lagi, penyerang Itali itu juga berpeluang untuk menyamai atau mengatasi rekod 36 gol milik Gonzalo Higuain ketika bersama Napoli pada musim 2015/16.

35 Only Gonzalo Higuain (36 in 2015/16) has scored more goals than Ciro #Immobile (35 goals in the current campaign, as many goals as Nordhal in 1949/50) in a single Serie A campaign. Target. #LazioBrescia pic.twitter.com/eLnllwgTMG

OptaPaolo (@OptaPaolo) July 29, 2020

Menariknya, lawan mereka untuk penutup saingan liga nanti adalah Napoli dengan Lazio sudah pun mengesahkan kedudukan empat pasukan teratas selepas mengumpul 78 mata di belakang Atalanta yang dibezakan dengan rekod pertemuan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadio Olimpico itu, Immobile terlibat dengan gol pertama perlawanan pada minit ke-17 apabila gerakan satu duanya bersama Joaquin Correa berjaya mengatasi barisan pertahanan Brescia dan disudahan dengan baik oleh rakan sepasukannya itu.

Lazio yang agak bergelut sejak saingan liga bersambung kembali selepas krisis pandemik akhirnya beraksi seperti yang sepatutnya dengan mencipta deretan peluang dalam perlawanan ini bagi menambah kelebihan mereka.

????????????
The King + Tucu pic.twitter.com/BRBFpoH8tN

S.S.Lazio (@OfficialSSLazio) July 29, 2020

Lapan minit sebelum tamat perlawanan, Correa membalas jasa dengan membuat lorongan cantik kepada Immobile sebelum penyerang berusia 30 tahun itu membuat plessing mudah mengatasi penjaga gol pelawat bagi memastikan tiga mata menjadi milik pasukan tuan rumah.

Perkembangan ini tentunya agak mengecewakan Robert Lewandowski yang menamatkan kempen Bundesliga dengan 34 gol, tetapi penyerang Poland itu masih lagi mendahului carta penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan 11 gol.

Kini hanya Cristiano Ronaldo yang telah menjaringkan 31 gol liga sahaja yang dilihat masih berpeluang untuk memintas Immobile, tetapi dengan hanya satu perlawanan sahaja yang tinggal, kemungkinan tersebut ternyata agak tipis.

Ciro Immobile overtakes Robert Lewandowski with 35 goals in the race for the European Golden Shoe ???? #eaglepredict #betwithconfidence pic.twitter.com/OI665cx0dy

Sport News and Predictions (@eaglepredict) July 30, 2020

Sejak 2008, perebutan kasut emas lebih banyak dimonopoli oleh Lionel Messi yang memenanginya enam kali sementara Ronaldo pula sebanyak empat kali.

Baca juga artikel kami yang lain:


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...