EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Imigresen buru 21,378 warga asing miliki PLKS Palsu

0 month ago, 08-Apr-2021


Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) mengesan 21,378 warga asing yang disyaki memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu yang dikeluarkan oleh sindiket yang menggodam pangkalan data jabatan itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, warga asing yang memegang pas palsu itu disyaki terlibat dalam sektor perkilangan, perladangan dan perkhidmatan.

"Mereka berasal dari Bangladesh, Indonesia dan Pakistan," katanya pada sidang akhbar Op Hacks di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Khairul Dzaimee berkata, Imigresen kini sedang memburu semua warga asing itu dalam operasi yang dijalankan secara berterusan sejak tahun lalu.

"Tangkapan telah dilakukan dari masa ke masa namun belum ada maklumat mengenai berapa individu yang telah ditahan dalam operasi itu.



"Warga asing yang terlibat akan diusir keluar dari Malaysia selepas menjalani proses perundangan dan turut disenarai hitam," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Khairul Dzaimee memaklumkan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, kerajaan telah meluluskan pembinaan sistem baharu yang akan menggantikan sistem MyIMMs.

"Sistem baharu yang dikenali sebagai Sistem Bersepadu Imigresen Nasional (NIIse) ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan data dan pengurusan analisis data raya Imigresen supaya sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, cekap dan terkawal," katanya.

Pada Selasa, media melaporkan sindiket pengeluaran PLKS palsu tumpas dengan penahanan lima individu termasuk seorang bergelar Datuk.

Operasi SPRM dengan kerjasama Imigresen dapat merungkai kegiatan sindiket itu yang menyebabkan ketirisan ratusan juta ringgit hasil kepada kerajaan yang sepatutnya diperoleh daripada levi pekerja asing.

berkata, semua individu berusia antara 33 hingga 43 tahun itu berkenaan ditahan dalam operasi di 22 lokasi sekitar Kuala Lumpur sejak awal pagi.








"Sindiket ini dengan kerjasama 'orang dalam' dapat menggodam pangkalan data Imigresen dengan memasang pemancar (transmiter) untuk membolehkan anggota sindiket menukar kata laluan pegawai imigresen dan seterusnya mencetak PLKS dari pusat operasi mereka di luar pejabat Imigresen.

"Ini merupakan pencerobohan pangkalan data agensi kerajaan dan isu kebocoran keselamatan yang sangat serius," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.






Sinar Harian



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...